Hadi akan dipindah ke wad biasa
SHAH ALAM - Keadaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah
bertambah baik dan sudah boleh bercakap, menurut Naib Presiden Pas,
Datuk Husam Musa.
"Alhamdulillah bertambah baik. Beliau boleh bercakap-cakap dan mengucapkan salam kepada semua di tanah air.
"Dijangka dalam tempoh dua hari lagi, beliau akan dipindahkan ke wad biasa," tambah beliau di dalam laman sosial Facebook, hari ini.
Tambah Husam, beliau dimaklumkan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Turki akan datang melawat Hadi sebagai wakil Presiden Turki, Tayyib Racip Erdorgan.
Sementera itu, beliau yang bersama-sama isteri Abdul Hadi, Toh Puan Zainab Awang serta beberapa ahli keluarga Presiden Pas berkenaan datang menziarahinya semalam di hospital Medipol Universite Hastanesi, Istanbul.
Abdul Hadi sebelum ini dikejarkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas.
Beliau dilaporkan berangkat ke Istanbul pada Selasa lepas dan dijadualkan pulang ke tanah air pada 3 atau 4 Jun depan.

0 orang berkata:
Post a Comment