Mais tetap akan tutup SBI
SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (Mais) tetap dengan pendirian untuk menutup Sekolah Bina Insan (SBI) hujung tahun ini.
Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, Mais tidak akan berganjak dengan keputusan yang telah dibuat.
“SBI akan terus ditutup tetapi Mais masih memberi peluang untuk pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menamatkan pengajian manakala pelajar lain menghabiskan sesi persekolahan seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Bagaimanapun katanya, mulai tahun depan, pelajar SBI boleh memilih mana-mana sekolah yang dirasakan sesuai.
Menyentuh isu perpindahan SBI ke Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Klang, Mohamad Adzib berkata, Mais tidak pernah mencadangkannya.
“Kita tidak tahu mengenai isu perpindahan SBI ke maahad itu kerana Mais tidak pernah membuat sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan,” katanya.
Pada 20 Mei lalu, Mohamad Adzib mengumumkan penutupan operasi SBI pada hujung tahun ini, berikutan sumber kewangan yang terhad, selain faktor lokasi sekolah yang kini menumpang di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) di Bangi.
SBI kekal di Kuis
Sementara itu, Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi memberitahu, SBI akan diteruskan di Kuis untuk empat tahun lagi, bagaimanapun tiada pengambilan pelajar baru akan dibuat.
Katanya, pihak pengurusan SBI dan ibu bapa perlu menunggu surat rasmi berhubung isu itu, dan sebarang maklumat berkaitan SBI akan diberikan selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) diadakan.
“Kita akan adakan mesyuarat untuk bincangkan perkara ini dalam masa terdekat dan selepas itu baru kita hantar surat rasmi,” katanya.
Dalam laporan media 4 Jun lalu, Kerajaan Selangor mengemukakan beberapa alternatif kepada ibu bapa pelajar SBI untuk meneruskan persekolahan menerusi tawaran pendidikan yang setara di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Yayasan Pendidikan Islam Selangor.
Tawaran itu dibuat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali yang menyebut, Jais dan Yayasan Pendidikan Islam Selangor ada alternatif lebih baik bagi ibu bapa yang mahukan sistem pendidikan seperti SBI.
Jabatan Pelajaran sedia terima pelajar
Tiada kekangan kepada pelajar SBI yang mahu menyambung pengajian ke sekolah harian.
Pengarah Pelajaran Selangor, Datuk Mahmud Karim berkata, tidak timbul sebarang masalah sekiranya SBI ditutup dan jabatan itu sedia terima pelajar.
“Pelajar yang ingin teruskan pengajian di sekolah menengah harian hanya perlu melalui prosedur biasa,” ujarnya.
Menurutnya, tiada sebarang prosedur khas bagi mana-mana pelajar sekolah swasta menyambung pengajian asalkan tidak melebihi had umur.
Isu penutupan SBI bermula apabila Mais mengumumkan untuk menutup SBI disebabkan kekangan kewangan dan perancangan perniagaan KUIS untuk menambah bilangan penuntut kepada 10, 000 pelajar.

0 orang berkata:
Post a Comment