MCA jangan bebankan Najib
KUALA LUMPUR – Tindakan MCA menarik diri dan kemudiannya mahu kembali
dalam kabinet disifatkan sebagai membebankan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, bebanan itu ditambah lagi dengan permintaan terbaru MCA Terengganu yang mahukan jawatan Kabinet lebih banyak untuk parti itu.
“Apa yang berlaku sekarang ini ialah kerana MCA sendiri yang menarik diri daripada menyertai kabinet. Apabila sekarang ini, mereka mahukan tempat itu kembali, ia dilihat membebankan dari segi siapa pula yang mahu dikosongkan ataupun apakah kita memerlukan satu jumlah Kabinet yang terlalu besar kerana ada desakan-desakan untuk mempunyai bilangan lebih ini.
“Saya rasa dalam konteks ini, menarik diri telah membebankan perdana menteri, sekarang nak jumlah yang banyak, sekali lagi membebankan PM. Jadi, akhirnya kita kena bersedia menerima kebijaksanaan yang akan diputuskan perdana menteri,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Hari ini, Pengerusi MCA Terengganu, Datuk Toh Chin Yaw berharap lebih dua pemimpin MCA akan dilantik sebagai menteri dalam barisan Kabinet baharu kelak.
Menurutnya, pelantikan seorang atau dua orang pemimpin masih tidak mampu memenuhi keperluan masyarakat Cina di negara ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, tiada kuota ditetapkan untuk mana-man kaum untuk jawatan Kabinet ekoran ia ditentukan berdasarkan kepada pencapaian.
“...menentukan kedudukan tidak berdasarkan kuota. Ia berdasarkan kepada kebolehan atau kemampuan. Kita kena serah kepada kebijaksanaan beliau untuk menilai siapa yang menunjukkan kemampuan terbaik terutama sekali dalam kita melangkah ke pilihan raya umum akan datang.
“Sebenarnya tidak ada apa yang disebutkan sebagai kuota Melayu, Cina dan sebagainya. Ia lebih berdasarkan kepada konvensyen bahawa dalam negara kita ini pelantikan anggota Kabinet itu berasaskan kepada permuafakatan yang datang dari konsensus. Mereka itu datang mewakili pelbagai pihak, kaum, negeri, latar belakang dan sebagainya,” katanya.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kasim menegaskan setiap menteri yang dilantik berkhidmat untuk semua rakyat tanpa mengira kaum mahupun negeri .
“Kita pilih menteri bukan nak ikut kaum. Menteri untuk semua. Macam saya, ada orang Cina ada orang India, orang Siam.
“Jadi, Shahidan untuk semua. Najib untuk semua. Siapa-siapa jadi menteri kerana kaum ini tak boleh. Mesti untuk semua,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment