Status agama wanita diragui
PETALING JAYA - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan seorang
wanita yang beragama Islam, selepas didakwa berkahwin dengan pasangan
bukan Islam mengikut adat agama Hindu, semalam.
Hasil maklumat dan aduan orang awam, sepasukan anggota penguat kuasa Jais menyerbu majlis perkahwinan yang berlangsung di Jalan SS 1/25, kira-kira jam 10 pagi.
Keadaan di lokasi terkawal apabila pihak keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan tetamu yang hadir memberikan kerjasama kepada pegawai Jais, di samping kawalan ketat anggota polis di luar kawasan majlis tersebut.
Wanita berusia 32 tahun yang berpakaian pengantin itu dibawa ke ibu pejabat Jais di Shah Alam untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Menurut sumber, wanita itu mendakwa, bapanya yang beragama Hindu telah menukar agama kepada Islam tanpa memaklumkan kepada ibunya.
“Wanita itu tidak mengetahui bapanya mendaftarkan dia dan tiga adik-beradik sebagai beragama Islam. Wanita itu hanya mengetahui perkara itu selepas saudara terdekat melihat sijil kelahiran mereka tercatat agama Islam,” katanya.
Menurut sumber itu, wanita itu turut mendakwa, bapanya dipercayai telah meninggalkan mereka sekeluarga dan sejak kecil mereka dibesarkan dalam agama Hindu.
“Wanita itu mendakwa pernah ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar status agama di MyKad pada 2007 lalu, namun tidak dibenarkan kerana tidak ada tandatangan bapa. Wanita itu dipercayai membuat permohonan kali kedua April lalu,” katanya.
Sementara itu, seorang saksi yang enggan identiti didedahkan berkata, keluarga wanita itu dipercayai tidak mengamalkan ajaran Islam.
“Keluarga wanita itu tinggal di Apartmen Taman Seri Aman, di sini, manakala keluarga lelaki bukan berasal dari kawasan tersebut,” katanya.
Difahamkan, siasatan Jais masih dijalankan bagi mengetahui kesahihan status agama pengantin perempuan berkenaan.
Kes disiasat mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, di bawah Seksyen 4 kesalahan memujuk, mempengaruhi, atau menghasut orang beragama Islam supaya mengubah keimanan.

0 orang berkata:
Post a Comment