Sunday, June 1, 2014
YDP Pas Gopeng diserang malam tadi
Pagi
tadi mendapat berita yang YDP Pas Gopeng, Tuan Haji Abd Rahim Md Ariff
telah diserang sakit jantung tengah malam tadi dirumah beliau.
Kini
beliau ditempatkan di wad ICU Hospital Pantai Puteri, Ipoh setelah
menjalani rawatan angiogram sebaik tiba di hospital semalam.
Saya
dan kawan, Samsul sempat luangkan masa tengahari tadi menziarahi beliau
walaupun mesej awal daripada anaknya mengatakan yang doktor tidak
menggalakkan pengunjung buat masa ini agar Haji Rahim dapat berehat
secukupnya untuk segera pulih.
Rezeki kami baik, tiada yang menghalang sewaktu masuk ke wad ICU itu.
Haji
Rahim yang ditemani isteri, Hajah Siti kelihatan gembira menerima
kunjungan kami. Sungguhpun telah diingatkan, berselera sungguh dia
bersembang.
Pengalaman serangan itu sukar untuk diceritakannya. Tetapi, pengajaran daripadanya amat disyukuri.
Peluang
kedua untuk terus menelusuri kehidupan ini, bukan semua orang dapat
merasainya. Banyak benda, banyak perkara yang dulunya
bertangguh-tangguh, kini rasanya perlu dilakukan kerana masa sudah
semakin suntuk.
Nikmat hidup juga terasa ada yang terbatas, seperti duduk, makan, dan buang air juga kini tidak seperti dulu.
Seperkara
lagi yang beliau nasihati kami, belajarlah perkara-perkara yang
membolehkan kita diserang penyakit jantung ini. Ianya datang tanpa
amaran tetapi ada tanda-tanda lembut yang hanya disedari jika kita peka
dan tahu.
Sebelum kami meminta diri untuk pulang, sempat beliau berpesan agar memohon rakan-rakan mendoakan kesembuhan buatnya.
Semoga doa kita semua diterima Allah agar Haji Rahim sembuh seperti sediakala. Pas Gopeng memerlukan pimpinan Yang Dipertuanya.
0 orang berkata:
Post a Comment