'Aku nok bunuh mu’
KOTA BHARU - Seorang duda anak satu mengaku tidak salah atas tuduhan
mengugut bunuh bapanya dengan kata-kata, ‘Aku nok bunuh mu’, 20 November
lalu.
Tuduhan ke atas Zali Zulyadi Seman, 33, dibuat di hadapan Majistret, Mohd Isa Mohamad di mahkamah majistret, di sini, hari ini.
Tertuduh didakwa membuat ugutan jenayah dengan mengeluarkan kata-kata itu sambil di tangan memegang sebatang kayu terhadap Seman Idris, 67, di hadapan bilik sebuah rumah beralamat di Kampung Seberang Pasir Mas Salor, di sini.
Kejadian berlaku pada jam 3.50 petang, 20 November lalu, namun susulan daripada penafiannya, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad memohon tarikh sebutan dan tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh berikutan tinggal bersama dengan bapanya.
Dia yang diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kelantan memohon jaminan dibenarkan dan tertuduh mengaku insaf terhadap kesilapannya itu.
Mohd Isa bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan sebutan semula pada 22 Disember depan.

4 orang berkata:
A'kum Pak Karamu
Perkataan sebenar dialek Kelantan ialah "Anok Sete" kalau anok setang tu dialek Terengganu.
Maafkan saya saja sambil bersantai
Sebab taksub sangat dengan "Adi Awe" ularmak from Rusila dan amat teruja juga dengan saranan MSO untuk PAS Kelantan dan Gannu diberi Autonomi bagi gabungan (UG) antara UMNO dan PAS, itu pasallah tak dapat bezakan Kelate dan Gannu.....
Masyaallah kenyataan anonymous 6:06 AM. Nanti dia akan jawab di hari pembalasan di hadapan allah,krana mempermainkan ulama,yg sentiasa berdoa setiap hari.
duluu pak dia buat camtu juga kot kat atok dia....anak baby
Post a Comment