Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEMUANYA KERANA BAHASA KURANG ASAM

Pak Karamu dari awal sudah jangka, bahawa jawapan Hadi akan mengeciwakan banyak pehak terutama di dalam PR. Pak Karamupun tidak merasa selesa dengan jawapan Hadi, tapi tahukah kita mengapa Hadi menjawab sedemikian ? Cubalah kita imbas kembali bagaimana bahasa PKR dan DAP menggesa Hadi supaya menghadhiri mesyuarat PR ? Bahasa kurang sopan bukan ? Tapi semua penyokong PR membisu, Mengapa ? Hadi bukan budak-budak.
 
Satu perkara yang lain ialah apabila isu MB Selangor sudah selesai dan suasana agak reda maka PAS dan Hadi terus di kecam oleh DAP, ia di lihat sebagai memanaskan keadaan, tapi semua orang bisu, tak berani nak ulas tentang suasana itu, ini menunjukkan orang ramai nampak pandangan dan bahasa PKR dan DAP indah-indah belaka, sementara bahasa Hadi terlalu menyakitkan dengan tidak mengambil kira siapa yang memulakan isu sakit telinga ini - Pak Karamu
 
Nik Aziz: Jangan hentam Hadi

  • Nik Abdul Aziz Nik Mat Nik Abdul Aziz Nik Mat
1 / 1
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan pimpinan PR tidak menghentam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tidak menghadiri mesyuarat gabungan itu beberapa kali.

Dalam mempertahankan Abdul Hadi, beliau berkata, kesihatan Presiden Pas itu yang masih belum pulih sepenuhnya menyebabkan beliau terpaksa membatasi aktiviti politiknya, termasuk menghadiri mesyuarat di peringkat pusat.

Menurutnya, Abdul Hadi mempunyai sebab tertentu berkaitan ketidakhadirannya, bukannya sengaja mahupun kerana malas.

“Tidak ada orang yang (sentiasa) sihat, tidak ada orang yang (sentiasa) tidak sihat.

“Jadi berilah peluang kepada Hadi. Mengarut semua (desakan supaya Hadi berundur) ini. Ini semua disebabkan (ada pihak) dengki terhadap Pas,” katanya di Pulau Melaka, semalam.

Beliau mengulas dakwaan laporan adanya usaha untuk menyingkirkan Abdul Hadi kerana faktor kesihatan.

Pihak DAP juga mahu Abdul Hadi hadir mesyuarat -mesyuarat diadakan di antara pemimpin-pemimpin PR.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.