Abdul Hadi diyakini terus terajui Pas
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diyakini masih
diperlukan menerajui parti Islam itu berikutan tahap kesihatan yang
semakin pulih.
Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu agar Abdul Hadi perlu mengundur diri tidak perlu diperbesarkan kerana kini, beliau sudah kembali mempengerusikan mesyuarat parti.
“Dengan kesihatan yang semakin baik itu, insya-ALLAH Abdul Hadi akan hadir dalam mesyuarat PR sekiranya berkelapangan,” katanya, semalam.
Beliau mengulas laporan sebelum ini yang seolah-olah menyarankan presiden parti itu mengundurkan diri berikutan kekerapan ketidakhadiran ke mesyuarat PR dan faktor kesihatan yang semakin merudum.
Katanya, isu berkaitan Abdul Hadi bukan punca masalah berlaku sama ada di dalam parti atau dengan rakan PR.
“Saya lihat presiden bukan punca masalah yang berlaku. Bahkan masalah yang dah selesai harus tutup buku.
“Sekarang rakyat mahu melihat hala tuju pakatan. Rakyat juga bertanya di mana puluhan tuduhan kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini. Tapi Pas akur dengan apa yang berlaku,” katanya.
Justeru, beliau berharap semua pimpinan dapat menghormati sempadan parti masing-masing.
“Semua parti mesti saling hormat-menghormati,” jelasnya.

0 orang berkata:
Post a Comment