DAP: Tak guna blok politik baharu kalau...
KUALA LUMPUR - Pas perlu memastikan blok perpaduan politik baharu yang bakal dibentuk boleh membawa perubahan kepada negara.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, gagasan politik baharu itu
perlu bersifat inklusif, berupaya menangani rasuah dalam negara serta
mampu mentadbir lebih baik daripada BN.
Jelas Guan Eng lagi, tidak ada gunanya gagasan baharu dibentuk sekiranya Pas masih 'bergelut' menyelesaikan masalah rakyat.
"Kita tengok kenyataan Ahli Parlimen Kuala Nerus (Datuk Dr Mohd
Khairuddin Aman Razali) yang menyuruh wanita lebih banyak berada di
rumah, kenyataan tersebut langsung tidak menghormati wanita.
[ARTIKEL BERKAITAN: Blok politik ketiga Pas hanya pecah undi]
"Menyentuh soal rasuah pula, Pas masih lambat dalam menangani soal
rasuah di negara ini, terutamanya bila membabitkan isu 1MDB," katanya
ketika ditemui Sinar Online pada sidang Dewan Rakyat, di Parlimen, di
sini, hari ini.
Beliau turut membandingkan pembangunan di Selangor dan Pulau Pinang dengan kemajuan di negeri Kelantan.
"Masih banyak jauh beza dari segi pentadbiran, pembangunan dan
pengurusan. Mereka (Pas) masih tidak beri perhatian terhadap masalah
negeri di bawah pentadbiran mereka sendiri.
"Tengok sahaja bagaimana Pulau Pinang, Selangor dibangunkan. Sehingga
kini mangsa banjir di Kelantan masih tidur dibawah khemah. Hutan di
Kelantan ditebang begitu sahaja, ini masalah yang perlu dititikberatkan
oleh Pas," katanya.
5 orang berkata:
Tgok sini berapa byk kg cina dikubur kan dikelantan spt terkuburnya kg melayu dipulau pinang.jgn nak sembang kencang la nanti ditiub angin kencang atau dipanah petir sbb mulut lancang sombong bongkak tak menentu
Asalkan tunduk kpd DAP macam kudanya PAN barulah TGLGE iktiraf pembentukan pakatan baru.. kui kui kui...
TGLGE juga lupa Penang dan Selangor terlebih dahulu dibangunkan oleh BN..kui kui kui..
Jaga Kelantan elok2 je lah. Negeri2 yg Pas perintah semuanya tk bertahan lama sibuk nak kacau tpt orang. Kelantan juga akan jatuh lps pru14.
Jaga kelantan dari parti umno ke parti PAN..? kui kui kui..
Post a Comment