Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LU DAP JANGAN AMBIL TAHU PAS PUNYA HAL

DAP: Tak guna blok politik baharu kalau...
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR - Pas perlu memastikan blok perpaduan politik baharu yang bakal dibentuk boleh membawa perubahan kepada negara.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, gagasan politik baharu itu perlu bersifat inklusif, berupaya menangani rasuah dalam negara serta mampu mentadbir lebih baik daripada BN.

Jelas Guan Eng lagi, tidak ada gunanya gagasan baharu dibentuk sekiranya Pas masih 'bergelut' menyelesaikan masalah rakyat.

"Kita tengok kenyataan Ahli Parlimen Kuala Nerus (Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali) yang menyuruh wanita lebih banyak berada di rumah, kenyataan tersebut langsung tidak menghormati wanita.


"Menyentuh soal rasuah pula, Pas masih lambat dalam menangani soal rasuah di negara ini, terutamanya bila membabitkan isu 1MDB," katanya ketika ditemui Sinar Online pada sidang Dewan Rakyat, di Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau turut membandingkan pembangunan di Selangor dan Pulau Pinang dengan kemajuan di negeri Kelantan.

"Masih banyak jauh beza dari segi pentadbiran, pembangunan dan pengurusan. Mereka (Pas) masih tidak beri perhatian terhadap masalah negeri di bawah pentadbiran mereka sendiri.

"Tengok sahaja bagaimana Pulau Pinang, Selangor dibangunkan. Sehingga kini mangsa banjir di Kelantan masih tidur dibawah khemah. Hutan di Kelantan ditebang begitu sahaja, ini masalah yang perlu dititikberatkan oleh Pas," katanya.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Tgok sini berapa byk kg cina dikubur kan dikelantan spt terkuburnya kg melayu dipulau pinang.jgn nak sembang kencang la nanti ditiub angin kencang atau dipanah petir sbb mulut lancang sombong bongkak tak menentu

Unknown said...

Asalkan tunduk kpd DAP macam kudanya PAN barulah TGLGE iktiraf pembentukan pakatan baru.. kui kui kui...

Unknown said...

TGLGE juga lupa Penang dan Selangor terlebih dahulu dibangunkan oleh BN..kui kui kui..

Anonymous said...

Jaga Kelantan elok2 je lah. Negeri2 yg Pas perintah semuanya tk bertahan lama sibuk nak kacau tpt orang. Kelantan juga akan jatuh lps pru14.

Unknown said...

Jaga kelantan dari parti umno ke parti PAN..? kui kui kui..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.