Laporan PAC: Kalau ikut, memang tak puas hati
KUALA LUMPUR – Anggota Panel Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Tony
Pua mengakui hanya 80 peratus yang berpuas hati dengan Laporan PAC
berkaitan badan pelaburan kerajaan, 1Malaysian Development Berhad (1MDB)
yang dibentang di Parlimen semalam.
Jelas Tony, ia berikutan terdapat banyak perkara yang masih belum
diselesaikan oleh pihak 1MDB sepanjang mesyuarat jawatankuasa itu
dijalankan.
"Ada lagi perkara yang saya cukup tidak puas hati. Namun, sebab kita
nak bentang laporan pada hari terakhir (Dewan Rakyat) kita kena
seimbang.
[ARTIKEL BERKAITAN: Perlu ada asas untuk Najib bertanggungjawab]
“Kalau kita tidak bentang lagi, mungkin pada sesi sidang Dewan akan
datang (Laporan PAC-1MDB) tidak akan bentang lagi," katanya dalam sidang
media di Ibu Pejabat DAP, di sini, hari ini.
Bagaimanapun katanya, ia hanya merupakan penilaian peribadi beliau dan
tidak mewakili penilaian keseluruhan anggota PAC yang lain.
Ujarnya lagi, meskipun dokumen yang disertakan oleh pihak 1MDB masih
tidak lengkap sepenuhnya, sekurang-kurangnya orang ramai dapat
mengetahui sedikit sebanyak mengenai pendedahan laporan PAC mengenai isu
berkenaan.
"Pelbagai penemuan yang disediakan dalam laporan. Kita terima ada
perkara tidak dapat masuk (dalam laporan) tetapi kita akan buat
kemudian. Sekurang-kurangnya orang awam dapat maklumat sedia ada,"
ujarnya lagi.
0 orang berkata:
Post a Comment