Polis teliti segenap aspek semasa Bantah GST
KUALA LUMPUR - Polis akan meneliti dari segenap aspek termasuk tindakan
ke atas peserta yang didapati melanggar undang-undang semasa
perhimpunan Mansuh GST di Dataran Merdeka hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata,
setakat ini tiada laporan polis diterima berhubung perhimpunan itu
walaupun permit penganjuran masih belum dikeluarkan pihaknya.
"Perhimpunan dihadiri kira-kira 2,000 peserta dan tiada tangkapan dilakukan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Zainol berkata, perhimpunan yang berlangsung selama tiga jam bermula
jam 2 petang hingga 5 petang itu berlangsung dalam keadaan terkawal.
Perhimpunan anjuran Parti Amanah Negara bagi mendesak kerajaan
memansuhkan cukai GST itu dihadiri oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad bersama pimpinan pembangkang yang lain termasuk
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Amanah,
Mohamad Sabu.
1 orang berkata:
Kenapa tak de org post gambar dr tempat tinggi.. betul ke 2000? Aku rasa lebih.. mungkin 20(G)18?..
Post a Comment