Hukum pemimpin lulus GST, bukan pembangkang
ALOR SETAR – Ahli politik pembangkang tidak wajar dihukum dengan
larangan masuk ke Sarawak untuk berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)
itu.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hukuman
itu seharusnya dibuat kepada pemimpin BN yang bersekongkol dengan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meluluskan sistem
cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
“Saya diberi kebenaran hanya untuk tiga hari berada di Sarawak, ini
negara apa? Kalau kita pergi ke Eropah sekalipun, kita dibenarkan
tinggal di situ sekurangnya tiga bulan, negara Asean juga begitu. Tapi
kita pergi Sarawak tiga hari.
[ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah kesal tetap dihalang masuk Sarawak]
“Sebelum saya keluar (dari Sarawak), Setiausaha Politik kepada Ketua
Menteri Sarawak menghubungi saya bagi tahu, Azmin kalau nak lanjutkan
tempoh di Sarawak tolong merayu kepada Ketua Menteri,” katanya.
Menteri Besar Selangor itu berkata demikian di hadapan hampir 10,000
orang pada pada program Pidato Selamatkan Malaysia di pekararangan Wisma
Harapan, di sini, malam tadi.
Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid.
Menurutnya, kenyataan rasmi perkara itu dikeluarkan sendiri oleh Ketua
Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang sedia melanjutkan tempoh itu
dengan syarat membuat rayuan terlebih dahulu.
“Adenan Satem bagi tahu kerana ini autonomi Sarawak. Saya bagi tahu
dia, kalau benar dia nak kembalikan hak rakyat Sarawak, bukan hukum saya
dan pimpinan.
"Tapi hukum ahli-ahli Parlimen BN dari Sarawak seramai 25 orang yang
bersekongkol dengan Najib untuk meluluskan GST hingga membebankan
rakyat,” katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment