Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KESAN RAMPASAN KUASA


Rampasan kuasa: Turki pecat 2,000 kakitangan awam
Recep Tayyip Erdogan
Erdogan

ISTANBUL-TURKI. Kerajaan Turki semalam memecat lebih 2,000 pegawai polis dan ratusan anggota tentera serta penguasa teknologi komunikasi susulan insiden cubaan merampas kuasa di negara itu pada bulan lalu.

Mereka yang dipecat dipercayai mempunyai kaitan dengan seorang tokoh agama di Amerika Syarikat (AS) Fethullah Gulen, individu yang dituduh mendalangi cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai lalu.

Gulen bagaimanapun menafikan sebarang pelibatan dalam cubaan rampasan kuasa yang berlaku di Turki.

Difahamkan, kerajaan Turki mengeluarkan dua dekri yang diterbitkan untuk menutup penguasa telekomunikasi dan satu lagi keputusan di mana presiden akan melantik ketua pasukan tentera.

Di bawah dekri perintah darurat sebelum ini, Turki dikatakan sudah mengeluarkan arahan untuk melucutkan jawatan ribuan anggota pasukan keselamatan serta mengarahkan penutupan ribuan sekolah privet, badan-badan amal dan institusi-institusi yang disyaki mempunyai kaitan dengan Gulen.

Pemecatan terbaharu ini dikatakan melibatkan 2,360 pegawai polis, lebih 100 anggota tentera dan 196 kakitangan penguasa teknologi.

Selain itu, lebih 35,000 orang ditahan dalam penyingkiran yang dibuat secara besar-besaran sejak kegagalan percubaan rampasan kuasa di Turki.


Tentera Turki melancarkan rampasan kuasa pada Julai lalu, dengan tentera mengambil alih kuasa di jalanan Ankara dan Istanbul.

Presiden Recep Tayyip Erdogan berikrar mengatakan pihak yang bertanggungjawab akan menerima "tindakan yang sangat keras".

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.