Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENANGIS MELULU

Menangis rayu hakim kurangkan hukuman
Menangis rayu hakim kurangkan hukuman
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja bengkel yang mengaku bersalah menunggang motosikal secara melulu, menangis teresak-esak ketika merayu bagi mengurangkan hukuman di Mahkamah Trafik di sini, hari ini.

"Saya menanggung isteri dan seorang anak yang baru berusia empat bulan, saya mohon maaf atas kesalahan yang saya lakukan dan saya juga telah insaf," kata Muhammad Ramadan Aziz sambil menangis teresak-esak.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan memerintahkan supaya Muhammad Ramadan, 19, menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam bercagar RM3,000 dengan seorang penjamin dan perlu diselesaikan dalam masa enam bulan.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu yang bekerja di bengkel motosikal tidak dibenarkan memohon lesen selama dua tahun.

Muhammad Ramadan yang tidak diwakili peguam didakwa menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain di Jalan Raja Laut, di sini, pada 1.30 pagi, 18 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.