Mayat ditemui sah Noor Amila Edrus
KUALA LUMPUR - Mayat kanak-kanak yang ditemukan di kawasan semak di
Kampung Kemensah, Hulu Kelang di sini tengah hari tadi disahkan sebagai
Noor Amila Edrus Norsham yang hilang sejak minggu lalu.
Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hamid Mohd Ali kepada media.
Bagaimanapun, beliau berkata pihak polis masih menunggu hasil bedah siasat untuk mengetahui punca kematian kanak-kanak itu.
Susulan penemuan itu, mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
[ARTIKEL BERKAITAN: Penemuan mayat: Media penuhi kawasan bilik mayat]
Sumber polis memberitahu kanak-kanak tersebut ditemukan dengan kepalanya terpisah daripada badan.
"Sekarang kita sedang tunggu keputusan forensik dan saya tidak boleh
dedahkan apa-apa setakat ini, bimbang mengganggu siasatan," kata Abdul
Hamid.
Noor Amila Edrus dilaporkan hilang di Jinjang Utara pada Khamis lalu sebelum ditemukan sekitar 12.30 tengah hari tadi.
Dia dilaporkan hilang selepas pergi ke surau berdekatan kediamannya dan tidak pulang hingga waktu Maghrib.
Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai pertalian keluarga dengan
mangsa yang ditahan sebelum ini, membawa polis ke lokasi penemuan itu,
kata satu sumber. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment