Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Aidiladha: NGO Islam nasihat bukan Muslim jangan timbul isu remeh

November 07, 2011
 
KUALA LUMPUR, 7 NovSekretariat Persefahaman dan Kerjasama Gerakan Dakwah menasihatkan badan mewakli bukan Muslim tidak menimbulkan isu-isu remeh-temeh yang “memalukan masyarakat negara ini” ekoran rasa tidak puas hati mereka berkaitan soal menyembelih ternakan korban di tempat awam sempena Aidiladha.

Kelmarin, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menggesa pihak berkuasa supaya tidak meneruskan amalan menyembelih lembu-lembu di pekarangan sekolah dan tempat-tempat awam.

“Kami menyarankan agar mereka dapat mencontohi rakan mereka di Singapura, Thailand dan Indonesia yang tidak menimbulkan isu remeh yang memalukan masyarakat di negara ini,” kata kenyataan Sekretariat Persefahaman dan Kerjasama Gerakan Dakwah yang dianggotai Angkatan Belia Islam Malaysia, Ikatan Muslimin Malaysia dan Persatuan Ulama Malaysia, hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Pengerusi Ikatan Muslimin Malaysia Abdullah Zaik Abd Rahman, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia Amidi Abdul Manan dan Naib Yang Dipertua I Persatuan Ulama Malaysia Dr Fauzi Draman.

Dalam kenyataannya, Sekretariat Persefahaman dan Kerjasama Gerakan Dakwah juga menegaskan Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao seharusnya menghargai sifat toleransi penganut agama Islam yang tidak masuk campur hal ehwal agama lain.

“Pihak Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao juga perlu memberikan kerjasama seperti mana umat Islam bekerjasama terhadap penganut agama Hindu bagi merayakan Thaipusam, masyarakat Cina merayakan pesta tanglung, penganut Taoisme merayakan pesta hantu lapar dan seumpamanya,” katanya lagi.

Dalam kenyataan yang ditandatangani oleh pemimpin-pemimpin Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao kelmarin, majlis itu menyuarakan kebimbangan bahawa upacara mengorbankan lembu, yang dianggap sebagai binatang suci oleh penganut Hindu akan diadakan di premis awam.

Sempena sambutan Aidiladha, upacara penyembelihan lazimnya dijalankan di pekarangan masjid, tetapi ada kalanya dilakukan di lokasi-lokasi lain seperti sekolah dan dewan orang ramai.
Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menekankan bahawa pihaknya kurang senang apabila aktiviti seperti itu dijalankan di hadapan penduduk dan pelajar yang berbilang kaum dan budaya kerana ia tidak mengambil kira sensitiviti kanak-kanak sekolah dan masyarakat majmuk Malaysia.

Justeru, majlis itu merayu pihak berkenaan supaya menghormati sensitiviti masyarakat berbilang agama dan memohon mereka untuk menghentikan upacara pengorbanan daripada dijalankan di sekolah-sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi dan tempat-tempat awam lain.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.