Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO BERAZAM TAWAN KELANTAN

Atasi propaganda komunikasi Umno

 
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR: PAS Kelantan harus memantapkan strategi bagi mengatasi dan mendehttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0o7moJIE-zvXc1K-RUKmC0hRcwwdC5EASWNIc5d91pqL4euUT6sOthSsP4OR7tPMwvpPhAlhRx48jeLQBeYOzRKP5CiG46Nh8wzUogytY8dw40mjsmHKtD-FfnKumh9618W8zVSPsuljf/s1600/prof+Abu+Hassan+Hasbullah.jpgpani propaganda provokasi komunikasi yang sedang dilancarkan media-media pro-Umno menjelang pilihan raya umum ke-13.

Demikian tegas Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah  ketika diminta mengulas mengenai serangan bertubi-tubi media arus perdana ke atas pentadbiran Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Mengulas lanjut Dr Abu Hassan berkata, serangan bertali arus yang lakukan media milik Umno-BN sebenarnya bukan suatu perkara yang baharu kepada PAS yang menerajui Kelantan sejak 22 tahun lalu.
Sebaliknya ia satu perkara biasa yang berlaku setiap kali menjelang pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil, katanya.

Provokasi yang dilakukan adalah untuk mengurangkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz yang semakin diyakini oleh rakyatnya, kata beliau.

Namun kata Dr Abu Hassan, kebiasaan itu bukanlah alasan kepada PAS untuk tidak melakukan apa-apa, sebaliknya PAS harus menyusun strategi bagi ‘mengapungkan’ semula maklumat atau informasi kepada rakyat bagi menerangkan keadaan sebenar.

Ujar beliau, serangan yang bertubi-tubi yang ditujukan kepada PAS Kelantan sebenarnya menggambarkan Umno- BN melihat PAS dalam keadaan yang sangat kuat.
“Jika PAS dan kerajaan Kelantan tidak kuat, masakan mereka (media Umno-BN) menyerang habis-habisan dengan menjelmakan cerita-cerita samada benar atau tidak untuk mempastikan imej kerajaan PAS Kelantan terjejas,” katanya lagi.

Namun, keadaan itu bukanlah suatu ukuran yang harus diambil oleh PAS Kelantan untuk tidak berbuat apaapa, sebaliknya suatu susunan strategi yang mantap harus dilakukan untuk menangkis segala tohmahan ke atas mereka, katanya.

Dr Abu Hassan juga melihat, serangan melalui media tradisi yang dilakukan Umno-BN ini sebenarnya kurang memberi kesan kepada rakyat yang kini sudah mula mempunyai akses kepada media baharu.
Maklumat yang disiarkan oleh media tradisi seperti akhbar dan televisyen kini diimbangi dengan maklumat melalui media alternatif dan media baharu, katanya.

Justeru, rakyat memiliki pilihan maklumat untuk menimbang dan membuat penilaian ke atas sesuatu isu, katanya.

Begitulah yang berlaku kepada serangan yang dilakukan media ke atas kerajaan PAS Kelantan, ianya tidak mudah untuk mengurangkan keyakinan rakyat kepada kepimpinan Tok Guru Nik Aziz di sana, katanya.
Namun, Dr Abu Hassan turut mengingatkan agar PAS Kelantan menggunakan media tradisinya seperti Harakah dan media baharu untuk mengapungkan semula maklumat dan laporan balasa mengenai apa sahaja isu yang dikaitkan dengan mereka.

Sementara itu ditanya mengenai bagaimana keyakinan rakyat terhadap ahli Parlimen Jeli, Dato’ Seri Mustapa Mohammed yang kononnya bakal menjadi Menteri Besar Kelantan jika Umno-BN menang pilihan raya akan datang, Dr Abdu Hassan berpandangan sebaliknya.

Beliau tidak melihat kehadiran Mustapa seperti pada tahun 2004 sebagai punca kononnya rakyat akan memberi keyakinan kepada BN untuk menerajui Kelantan.

Sebaliknya, faktor besar yang menggugat PAS di Kelantan pada tahun 2004 ialah kerana perubahan kepimpinan di peringkat kerajaan pusat dimana Tun Dr Mahathir Mohammad digantikan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, katanya.

“Ia suatu gelombang yang dihasilkan kerana pertukaran kepimpinan negara pada ketika itu, bukan kerana soal Mustapa mahu terajui Kelantan. 

“Namun kali ini, pertukaran pucuk pimpinan kerajaan pusat Tun Abdullah kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak akan menjadikan faktor besar rakyat memberikan sokongan kepada BN,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.