Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pemuda PAS: Ada kuasa ghaib paksa UIA batal majlis timbalan menteri

November 22, 2011
 
KUALA LUMPUR, 22 Nov – Dewan Pemuda PAS mendakwa wujud tangan ghaib atau campur tangan politik sehingga menyebabkan program e-buku Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah bertajuk “Kalau Saya Mahasiswa” saat akhir malam tadi atas alasan keselamatan ke atas pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, pihaknya kesal dengan pentadbiran universiti itu kerana bertindak membatalkan program itu.

“Dewan Pemuda PAS berpendapat, alasan yang diberikan oleh pihak pentadbiran UIA sangat remeh dan hanya bersifat teknikal iaitu mengelakkan isu AUKU dibincangkan sedangkan objektif yang sepatutnya dilihat hasil daripada wacana ini amat besar manfaatnya untuk mahasiswa.

“Sepatutnya program ini digalakkan kerana ia amat positif dan membina minda mahasiswa. Dewan Pemuda PAS yakin tidak ada unsur politik di sebalik penganjuran program ini memandangkan tokoh yang diundang adalah Datuk Saifuddin Abdullah,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Suhaimi berkata, pihaknya mengesyaki  adanya campur tangan politik sehingga program ini terpaksa dibatalkan saat akhir sedangkan segala persiapan telah dilakukan sebaik mungkin.

“Apakah kerana sikap keterbukaan serta kelantangan Datuk  Saifuddin yang cuba membawa pendekatan baru dalam menangani isu mahasiswa serta AUKU, maka beliau juga disenarai hitamkan?

“Apakah masalahnya jika AUKU turut menjadi isu perbincangan kerana ia dibincangkan secara ilmiah, bukan atas dasar sentimen semata-mata,” kata beliau sambil menambah, “lebih dari itu, siapa lagi yang layak membincangkan isu ini melainkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sendiri yang mempunyai autoriti dalam AUKU.”

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.