Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERSAMBUNG ESOK, KES MAT SABU DILANGGAR POLIS

Bersih: Inkuiri Suhakam lawat lokasi Mat Sabu dakwa dilanggar

November 22, 2011
 
KUALA LUMPUR, 22 Nov Jawatankuasa Inkuiri Suruhanjaya Awam Suhakam hari ini melawat kawasan Bukit Persekutuan bagi melihat sendiri lokasi kejadian Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mendakwa beliau dilanggar oleh kereta anggota polis semasa perhimpunan Bersih 2.0.

Lawatan lebih kurang 15 minit berkenaan turut disertai oleh kesemua panel jawatankuasa inkuiri termasuk Pengerusinya Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee.

Pengerusi Jawatankuasa tersebut membuat keputusan pada 16 November lalu untuk melawat lokasi terbabit untuk mendapatkan gambaran sebenar keadaan persekitaran lokasi insiden.

Turut hadir dalam lawatan berkenaan, Mohd Zulkifli Abd Halim, penunggang motosikal yang dibonceng Mohamad dan merupakan saksi inkuiri.

Dalam lawatan itu juga, Khaw diberi penerangan lanjut oleh Zulkifli berkenaan situasi dan keadaan sebenar yang berlaku ketika insiden pelanggaran 9 Julai.

Sementara itu, inkuiri ketiga hari ini menyaksikan dua orang saksi dari PDRM, Lans Koperal Mohd Fauzi Mustafa, pemandu kereta yang didakwa melanggar Mohamad dan juga ASP Che Aziz Mohd Isa, pegawai penyiasat yang menyiasat aduan dakwa dilanggar memberikan keterangan.

Menjawab pertanyaan panel, Fauzi yang merupakan saksi kesembilan inkuiri menjelaskan, motosikal yang dinaiki Mohamd ketika kejadian hilang kawalan selepas terlanggar bahu jalan dan kemudiannya terjatuh mengenai kereta yang dipandunya.

Kenyataan itu disokong oleh saksi kedua inkuiri, ASP Che Aziz Mohd Isa, pegawai penyiasat yang menyiasat laporan polis yang dibuat Mohamad.
Inkuiri bersambung esok.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.