Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BN nafi dalangi demo motosikal kritik kerajaan Pulau Pinang

November 01, 2011
 
GEORGE TOWN, 1 Nov Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang kesal dengan dakwaan Ketua Menteri Lim Guan Eng kononnya Umno terbabit dengan tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang membuat perarakan membantah kepimpinannya semalam.

Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) berkata dakwaan oleh Lim itu adalah ibarat “cakap ikut suka hati” kerana Ketua Menteri tidak mempunyai sebarang bukti.

Katanya Lim telah membuat tuduhan kononnya Umno terlibat dalam perarakan itu sedangkan ianya dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan dikenali sebagai Pertiga (Pertubuhan Islam Gabungan Amal).

Beliau berkata demikian sebagai menjawab celahan Lim ketika Salleh Man (Pas-Permatang Pasir) sedang membahas usul Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2012 pada persidangan Dewan Undangan Negeri  hari ini, lapor Bernama Online.

Semalam, polis menahan lima individu kerana menyertai perarakan di sekitar bandar raya ini bagi membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim.

Seramai 200 penunggang motosikal itu memulakan protes pada 12 tengah dengan melalui Jalan Penang sebelum ke Komtar dan Dewan Undangan Negeri.

Mereka juga memasang kain rentang yang meminta pembinaan litar lumba untuk anak muda berlumba motosikal serta memakai kemeja-T kuning bertuliskan ayat “Selamatkan Pulau Pinang, LGE Rasis”.

Lim berkata beliau kini “mula gentar apabila golongan mat rempit” juga menentang kerajaan negeri dan menyifatkan perbuatan mereka itu didalangi oleh Umno kerana terdapat perkataan “LGE Rasis”.

Datuk Ariff Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) pula berkata, Lim tidak perlu khuatir dan bersangka buruk terhadap golongan anak-anak muda itu sebaliknya harus berusaha mendekati dan memenuhi permintaan mereka.

“Mereka hanya meminta disediakan trek lumba, jadi kerajaan negeri haruslah berusaha supaya mereka berpeluang menjadi pelumba profesional,” katanya.

Sementara itu, seorang aktivitis sosial yang kecewa dengan Lim, bertindak berdiri dengan memegang kain rentang di depan bangunan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Tindakan Hii Tiong Huat, 60, yang berdiri dengan memegang kain rentang bertulis ‘Tolak YB terima dua gaji ADUN dan MP; YB perlu full time’ menarik perhatian orang ramai yang melalui kawasan berkenaan.

Hii menggesa Lim dan beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga menjadi Ahli Parlimen agar menumpukan tugas mereka sebagai ADUN dan tidak tamak dengan memegang jawatan berganda.
“Jangan tamak pegang sampai dua atau tiga jawatan dan pada masa sama menikmati faedah serta gaji yang banyak sedangkan gagal berkhidmat dengan berkesan,” katanya kepada pemberita.
Hii yang berasal dari Sarawak, berkata Lim tidak seharusnya memegang terlalu banyak portfolio dalam kerajaan negeri kerana ia menjejaskan jentera pentadbiran kerajaan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.