Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Cadangan kadar gaji minimum bulan depan

November 15, 2011
 
KUALA LUMPUR, 15 Nov Kerajaan menjangka akan menerima cadangan dan syor kadar gaji minimum daripada Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata MPGN, yang ditubuhkan 15 September lepas dan diberi peranan mengkaji secara menyeluruh kadar serta liputan gaji minimum, akan membuat pengumuman mengenai perkara tersebut.

Beliau memberitahu dewan, majlis itu yang berperanan bagi pihak kerajaan membuat keputusan dan bertindak dalam menjamin kebajikan pekerja di negara ini, sedang mengkaji kadar dan liputan gaji minimum mengikut sektor, jenis pekerjaan, kawasan dan wilayah.

Selain itu ia juga mengkaji faktor sosial, perbelanjaan, kadar inflasi serta perbandingan struktur gaji dengan negara-negara luar, katanya ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang ingin tahu perkembangan terkini perbincangan dalam MPGN, lapor Bernama Online.

Sambil menegaskan majlis itu sebuah entiti bebas dianggotai 25 orang terdiri daripada penggerak utama kesatuan pekerja, wakil majikan, kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan (NGO), Maznah berkata kali terakhir badan itu bermesyuarat ialah Khamis lalu.

MPGN dipengerusikan oleh Bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong dibantu sebuah jawatankuasa teknikal perundingan telah mengadakan mesyuarat sebanyak tujuh kali, bekerjasama dengan Bank Dunia dan mengadakan sesi perundingan dengan orang awam.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.