Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Nik Aziz: PAS tubuh panel khas pilih calon PRU-13

November 18, 2011
Nik Aziz berkata wakil rakyat dengan prestasi kurang cemerlang tidak akan dipilih semula. — Foto fail
 
KOTA BARU, 18 Nov PAS telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 bila-bila masa tetapi mahu berhati-hati dalam soal pemilihan calon yang bakal bertanding, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
 
Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata pihaknya berhati-hati dalam hal ini dan telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menilai prestasi seseorang calon.

“PAS tidak ada masalah dalam pemilihan calon, kerana kita mempunyai ramai calon berkelayakan cuma pemilihan perlu dibuat melalui jawatankuasa khas yang dibentuk dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat tertinggi parti,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di dataran ilmu hari ini.

Dipetik Bernama Online, Mursyidul Am PAS berkata apa yang pasti wakil rakyat yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang ketika diberi peluang menjadi calon dalam pilihan raya lepas, tidak akan dipilih lagi kali ini.

PAS memerintah Kelantan sejak 1990. Parti Islam itu membentuk kerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.