Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


PPSMI: MIPAS anggap kerajaan tidak ikhlas

MIPAS | Nov 08, 2011 10:53:43 am


 
Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) mencadangkan keputusan kerajaan bahawa Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) harus dihalusi supaya ia dapat dikekalkan bagi pelajar yang telah menjalani dasar pembelajarannya sewaktu ia perkenalkan pada asasnya.

Sebelum ini Muhyiddin Yassin pernah berkata sistem pendidikan negara akan kucar-kacir sekiranya kerajaan memberi kebebasan kepada ibu bapa memilih bahasa pengantar untuk anak mereka dalam dua mata pelajaran itu.  Jadi pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di sekolah rendah hanya akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia pada 2016 manakala di sekolah menengah adalah pada 2021.  Dengan keputusan itu, pemansuhan PPSMI adalah kekal.  Kerajaan akan bertegas dengan keputusan memansuhkan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan tidak tunduk kepada tekanan dan tuntutan oleh sesetengah pihak.

Pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Jumaat lalu telah memperjelaskan garis panduan mengenai perkara itu dan menamatkan sebarang kekeliruan.

MIPAS ingin bertanya di sini bahawa pengumuman itu sekadar kerajaan membuat keputusan sambil lewa atau bersifat "flip flop" Berhubung pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)? Berdasarkan Pilihanraya Umum ke13 (PRU13) tidak lama lagi supaya dapat menyenangkan hati rakyat atau sebagai umpan untuk memancing undi?

Ataupun takut pada amaran daripada Persatuan Ibu Bapa UntukPendidikan Malaysia (PAGE) di mana pengerusinya Noor Azimah Abdul Rahim mengatakan"Jangan sampai undi ini kami beri pada pembangkang (Pakatan Rakyat)"?

MIPAS berpendapat kerajaan tidak ikhlas dan menafikan bahawa kerajaan telah mendengar suara rakyat yang menjadi prinsip utama Perdana Menteri Najib Razak iaitu "rakyat didahulukan", dengan merencanakan formula "menang-menang" untuk semua pihak berkepentingan.  Jika benar kerajaan mendengar suara rakyat apatah keputusan kepada Novel Interlok yang sepatutnya ditarik balik daripada sistem pembelajaraan sekolah?

Harapan MIPAS agar kementerian pelajaran akan berusaha ke arah menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Kesusateraan Inggeris sebagai matapelajaran wajib di sekolah.  MIPAS ingin bertegas di sini agar kementerian pelajaran akan menekankan kepada penggunaan bahasa Inggeris bagi melengkapkan rakyat dengan bahasa sejagat itu selaras dengan perkembangan dunia.

Dalam pada itu MIPAS juga ingin mengetahui sama ada benar Menteri dan orang kaya (VIPs) menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa Inggeris, manakala golongan miskin perlu pergi ke sekolah yang disediakan kerajaan, yang mengajar dalam bahasa Melayu.  MIPAS juga cadangkan agar Menteri-menteri dan  orang kaya (VIPs) tidak menghantar anak-anak mereka keluar negeri sehingga tamat pengajian di sekolah rendah dan sekolah menengah tempatan.

MIPAS harapkan agar Perdana Menteri Najib Razak campurtangan bagi kekalkan dan mempertimbangkan semula pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara pilihan di sekolah.

*Kenyataan media oleh Barathidasan Saminathan (gambar kiri) selaku Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS).

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.