Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Seksualiti Merdeka: NGO Islam demo esok, Exco PAS Hasan Ali antara ucap

November 03, 2011
Program Seksualiti Merdeka dianjurkan di The Annexe Gallery sehingga 13 November.
 
KUALA LUMPUR, 3 NovPertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Islam akan mengadakan demonstrasi di Masjid Negeri Shah Alam esok bagi membantah program Seksualiti Merdeka dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali disenarai antara pemimpin yang akan berucap.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Pembela berkata, turut akan berucap ialah pengerusi pertubuhan bukan kerajaan itu sendiri, Dr Yusri Mohamad dan pemimpin Himpunan Sejuta Umat (Himpun).
Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, dan Yusri terlibat dalam penganjuran Himpun, yang memfokus isu murtad, akhir bulan lalu di Stadium Shah Alam.
Demonstrasi esok akan diadakan selepas solat  Jumaat, kata Pembela dalam satu kenyataan.
“Program demonstrasi bertujuan membantah gerakan jahat yang tidak bermoral ini serta rancangan mereka untuk mendesak pemerintah supaya memberi pengiktirafan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender. Demonstrasi ini adalah anjuran Pembela bersama pertubuhan-pertubuhan bukan Islam yang lain,” kata Pembela.
Pembela menambah, pihaknya membantah sekeras-kerasnya tindakan penganjur, penjaga dan penyokong program yang telah merencanakan agenda jahat gerakan homoseksual di Malaysia sekian lama.
“Penganjur program Seksualiti Merdeka 2011: Queer Without Fear juga ingin mencabar kedudukan Perlembagaan yang menyatakan Islam sebagai agama persekutuan,” katanya lagi.
Katanya, Islam adalah agama persekutuan dan ia melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan penganjur program itu telah mencabar kepimpinan tertinggi negara.
“Program tanpa moral mereka yang menuntut pengiktirafan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender akan mengakibatkan diskriminasi bentuk baru atas nama hak asasi manusia.
“Tuntutan mereka juga mencerca syariah, perundangan Malaysia, asas moral dan kesucian semua agama, serta mengancam ketenteraman dan kemanan negara,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.