• Anwar dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Belia Antarabangsa ke-12 di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian Anwar dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Belia Antarabangsa ke-12 di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian
1 / 1
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pemimpin Pas dan DAP supaya berhenti bertelagah dan menyelesaikan  masalah berbangkit di meja rundingan.

"Saya merayu kepada mereka (Pas dan DAP) supaya menahan diri (bertelagah) dan bawa masalah itu ke dalam mesyuarat.

"Oleh kerana itu, saya juga berharap kita (PR) boleh tetapkan tarikh mesyuarat Majlis Pimpinan PR sebelum 10 Februari ini, saya berharap sangat dapat buat sebelum tarikh itu. Namun sehingga kini kita masih tidak dapat bersetuju menetapkan tarikh mesyuarat lagi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Belia Antarabangsa ke-12 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pertelingkahan antara Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang saling tuduh-menuduh berhubung isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), baru-baru ini.

Terdahulu, Mustafa mencabar Guan Eng supaya bersemuka dan berdebat untuk menyelesaikan segera isu pilihan raya PBT itu kepada umum supaya keterangan mereka berdua boleh dinilai orang ramai sama ada bercakap benar atau tidak.