Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ezam buat laporan polis isu salah guna Akta OSA


Ezam buat laporan polis isu salah guna Akta OSA
Ezam menunjukkan laporan polis yang dibuat.
 
SHAH ALAM – Hisbah Centre For Reform membuat satu laporan polis berhubung penyalahgunaan kuasa dalam penggunaan Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang dijadikan alasan untuk menyiasat tiga ahli Parlimen baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Mohamed Ezam Mohd Nor berkata, dalam laporan tersebut, pihaknya meminta polis untuk menyiasat sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk menjadikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai individu yang menjaga kepentingan beliau.

“Saya juga ingatkan polis bahawa Akta OSA digubal untuk melindungi rahsia-rahsia kerajaan dan dokumen sulit yang jika dibocorkan dapat menggugat keselamatan serta kesejahteraan negara.

“Akta ini tidak boleh disalah guna untuk melindungi perbuatan rasuah dan penyelewengan dana kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam, hari ini.

Sebelum ini, Khalid memaklumkan bahawa pihaknya akan mengambil keterangan tiga bekas anggota kabinet dalam masa terdekat yang didakwa mendedahkan rahsia kerajaan baru-baru ini.

Ia adalah berikutan daripada pertanyaan ditimbulkan tiga bekas menteri yang juga merupakan ahli Parlimen berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Dewan Rakyat sebelum ini.

Dalam pada itu, Ezam memaklumkan bahawa ucapan dan persoalan yang dikemukakan oleh ketiga-tiga bekas menteri tersebut merupakan hal melibatkan khazanah negara yang telah disalahguna dan diselewengkan oleh pihak tertentu.

“Kebimbangan mereka juga adalah kepada impak masa depan ekonomi negara. “Justeru apa yang dibangkitkan mereka langsung tidak ada kena mengena dengan soal keselamatan negara memandangkan ia hanya menggugat kedudukan mereka yang terlibat dalam syarikat 1MDB termasuk Perdana Menteri,”katanya.

Selain itu, Ezam berkata setiap kali isu 1MDB timbul, terdapat pencerobohan kuasa eksekutif yang berperanan untuk menutup kes tersebut daripada pengetahuan umum.

Dakwa Ezam, Najib juga pernah menggunakan kuasa yang ada pada beliau untuk mengganggu perjalanan siasatan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung penyelewengan 1MDB.

“Jawatankuasa PAC pernah dibubar di saat siasatan berjalan malah pelaku-pelaku utama juga bebas dan bolos dari sebarang tangkapan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Oleh sebab itu, Ezam berkata, Hisbah Centre berpandangan bahawa laporan polis perlu dibuat bagi membolehkan siasatan dimulakan terhadap pihak-pihak berkaitan dengan isu 1MDB tersebut.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Buat beribu ribu laporan pun takde faedahnya, polis tak akan siasat. Buat penat aje buat laporan.

Anonymous said...

masalahnya yg buat laporan tu pun barua 2x5 mccm polis..dia ganti2 parti seolah sedang cari2 parti manala dijalan yg benar hehe..tapi dia belagak seolah2 mcm manusia bijak..kalo dia bijak awal2 dia tau xda parti yg x barua..semua barua hehe
pangkah je la ikut pandangan masing2 kat pru,dah tentu2 sama je barua..ape yg nak dibising2..nak kompang2 menyusahkan dan mengelirukan org tu watpe..sampai ada la yg bunuh diri sekarang ni akibat tiap2 parti yg memang semua sifaynya barua nak raih undi,terpaksa la main lagu dusta hari2..lagunya bertajuk kalo mereka ambil atau pertahan kerajaan hidup rakyat jadi senang..sampai masuk la dalam otak rakyat..kan itu semua jelas2 janji2 dusta tu..dia janji barang yg dia xda kuasa keatasanya pun..pas menang kat tempat aku manada rumah org miskin esoknya bertukar jadi umah banglo..kat penang ada kes umah2 org melayu miskin lepas dap menang tetiba bangun pagi jadi umah banglo?manada kan..?hehehe..
udah2 la diperbodohkan barua2..

Anonymous said...

semoga sedara kita yg bunuh diri tergolong dlm golongan2 yg dapat pengampunan Allah..Allah maha pengampun..
insyaAllah

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.