Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KELEMAHAN DEWAN UNDANGAN KELANTAN, MENGAPA TAK HALAU HUSAM ?


Husam bukan dibuli dalam Sidang Dun
Husam Musa
Husam Musa

KOTA BHARU - Pas Kelantan menganggap Adun Salor, Datuk Husam Musa tidak pernah ‘dibuli’ sepanjang Sidang Dun Kelantan lalu, sebaliknya beliau sebenarnya tidak menghormati adab persidangan.

Setiausahanya, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, mengemukakan soalan-soalan baru ketika sesi penggulungan dibuat pihak kerajaan itu adalah perkara yang tidak mengikut prosedur Dun.

Menyelar tindakan tersebut, Che Abdullah berkata, beliau tidak kisah dengan kritikan lantang mahupun pendedahan yang dibuat semasa persidangan, tetapi kecewa dengan sikap Husam kerana bersikap sebegitu tanpa menghantar satu soalan pun kepada pejabat Speaker.

“Pada hari akhir penggulungan mahu mengemukakan berpuluh-puluh soalan, itu tidak betul dari segi prosedur dewan.

“Datuk Husam sendiri seorang ahi politik berpengalaman dan pernah menjadi Exco dan Ahli Parlimen, serta pernah menjadi setiausaha kepada menteri besar. Dia tahu sangat peraturan-peraturan ini.

“Tidak ada satu pun soalan daripada Datuk Husam untuk dijawab secara bertulis atau lisan. Masa penggulungan baru mahu kemukakan soalan baru. Ini tidak menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjawab tuduhan seumpama itu,” katanya kepada media di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tanggapan pihak tertentu menganggap Husam tidak diberikan peluang bersuara semasa sidang Dun Kelantan yang berakhir pada minggu lalu.

Terdahulu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Kelantan merasmikan Kempen Kawalan Kumbang Merah Palma peringkat negeri dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Pertanian Kelantan, Karim@Mohd Khari Yusof .

Mengulas lanjut, Che Abdullah berkata, kalau ada sebarang perkara yang ingin dibangkitkan, Husam boleh kemukakan soalan mengikut prosedur dan kerajaan akan menjawabnya pada persidangan akan datang.

“Siapa kata Datuk Husam tidak diberikan peluang berucap. Selepas menteri besar membentangkan bajet, tidak ada orang lain yang berucap lebih panjang daripada Datuk Husam.

“Saya yakin tidak ada dewan di Malaysia ini, baik di parlimen dan sebagainya yang memberi ruang kepada pembangkang untuk bercakap panjang, tetapi berlaku di Dun Kelantan, Datuk Husam berucap hampir satu jam dan tidak diganggu.

“Cuma masa dekat-dekat penghabisan saya ganggu sebab saya rasa terlalu melampau yang mana ucapan tidak berdasarkan fakta dan maklumat tidak betul.

“Saya cuma perbetulkan sedikit apabila dia menyebut mengenai Kompleks Perkayuan Kelantan tidak pernah memberi tender dan sebagainya. Saya tahu sebab saya bekas pengurus di situ dan saya memastikan tender berjalan dengan betul,” katanya.

Sidang Dun baru-baru ini agak luar biasa dan panas apabila Husam terus berani mengkritik kerajaan menyebabkan ia berlarutan sehingga lewat petang, bahkan turut menguji kebijaksanaan speaker Dun.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.