Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AMARAN THUNAMI TELAH DIKELUARKAN

54 pelajar Malaysia di Fukushima, Jepun selamat
Gempa bumi
Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Kesemua 54 pelajar Malaysia yang menuntut di dua universiti di Fukushima, Jepun yang dilanda gempa bumi pagi tadi dilaporkan selamat.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata kementerian itu telah berhubung dengan Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo dan mengesahkan bahawa kesemua pelajar Malaysia selamat memandangkan kedudukan universiti jauh dari pantai tempat berlakunya gegaran tersebut.  

"Pada masa ini, pihak kedutaan akan terus memantau keadaan semasa dan mengingatkan semua pelajar agar sentiasa berhati-hati dan peka terhadap arahan keselamatan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa keselamatan di Fukushima,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdapat 49 pelajar Malaysia di Tohoku University dan lima lagi di Sendai Kosen Technical College.
Satu gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter telah berlaku di Fukushima, Jepun pada 5.59 pagi hari ini. Lanjutan daripada itu, satu amaran tsunami telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa Jepun. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.