Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANUAR SUDAH BOLEH BERSUARA DARI DALAM PENJARA ?

Apa guna pendapatan dari GST, tanya Anwar
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bersifat agresif dan hanya memihak golongan kaya.

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan GST ini pasti menyumbang ke arah meningkat kesenjangan pendapatan di antara rakyat yang miskin dan yang kaya yang diakui semua pakar ekonomi
 
“Walaupun ketika pendapatan daripada hasil minyak mentah negara semakin berkurangan akibat harga minyak mentah dunia yang tidak meningkat, GST mampu menyumbang kepada pendapatan kerajaan, tetapi secara dasarnya ia tidak membantu mencerahkan masa depan negara sekiranya tatakelola dan urustadbir kerajaan tidak diperbaiki.

“Apa guna pendapatan kerajaan dari GST meningkat tahun demi tahun jika pendapatan rakyat tidak meningkat? Jika lebih 10 peratus anak muda yang boleh bekerja tidak dapat mencari kerja? Jika setiap bulan bila ke pasar jumlah yang boleh dibeli dengan RM100 semakin berkurangan?.

“Saya ulangi gesaan saya dari awal bahawa sebelum melaksanakan cukai tambahan terhadap rakyat, kerajaan BN harus menghentikan amalan boros dan ketirisan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan laporan tahunan Ketua Audit Negara, jumlah ketirisan dan boros dianggarkan dalam jumlah puluhan biilion ringgit.

Katanya, ini berikutan amalan pembidaan tanpa tender dan rasuah yang berleluasa.

“Pendirian kami di Keadilan dan di Pakatan Harapan adalah perlaksanaan GST harus dibatalkan dengan menggunakan kadar sifar sementara menghentikan amalan boros, membanteras rasuah serta merangka sistem puncukaian progresif yang menjaga kepentingan rakyat,” katanya.

13 orang berkata:

Anonymous said...

Beginilah sikap seorang pemimpin walaupun duduk dalam penjara masih memikirkan masalah rakyat bukannya mementingkan kedudukan dan kemewahan. Banyak pemimpin-pemimpin yang bebas tetapi tidak berani menyatakan kebenaran dan menjaga kepentingan rakyat sebaliknya berpura-pura semata-mata. Hanya muncul ketika PRU atau PRK dengan janji-janji manis, selepas menang mereka akan mempersalahkan rakyat atas segala masalah negara.

Anonymous said...

Aku setuju. Ini contoh pemimpin bertanggungjawab. Walaupun duduk dlm penjara tapi masih berjuang utk rakyat. Hadi mana ada kesah dgn GST.

errrr.. jap! Kejap! Hadi tu tau ke malaysia dah dikenakan GST? Maklum laa selalu sangat ponteng sidang parlimen.

Anonymous said...

Yg duduk dlm penjara gelisah memikirkan kesusahan rakyat mendepani hidup yg semakin sukar.

Yg duduk bebas di luar penjara gelisah memikirkan ayat yg paling sesuai digunakan untuk maki hamun jika ruu gagal diluluskan.

Anonymous said...

Yg duduk dlm penjara, simpati nasib rakyat.
Yg duduk luar penjara mengkafirkan rakyat.

Anonymous said...

Batu api betul la Pak karamu ni. Nuar dapat cakap dari dlm penjara pun nak jeles. Nak jadi balaci la tu yer?

Anonymous said...

Apa cerita anwar pula ni. Kan elok buka cerita lebai dol biawakkan orang pasal dia punya ruu

Anonymous said...

Saya ahli pas kawasan gelang patah dah muak dgn Lim kit siang. Jadi saya nak bagi cadangan:


Lim kit siang dah tolak ruu 355 dgn geng dia sekali. Jadi saya cadang TGHH bentang RUU 355 Dan hudud sekali dlm muktamar pas tahun ini dan dijadikan perlembagaan parti pas. Hukum ini wajib dilaksanakan kpd ahli pas kerana org lain tak mahu terima. Bila pas sudah laksanakan hudud, Kita boleh guna sebagai model untuk diluaskan pada peringkat negara. Kita wajib laksanakan hukum ini kerna objektif Kita ialah syurga.
Marilah Kita bersatu hati menyokong hudud dan ruu355 dilaksanakan kpd ahli pas.
Harap pemimpin pas dapat melaksanakannya dan tidak berdolak dalik.

Anonymous said...

Saya juga cadangkan supaya pas berpisah dgn PKR dengan serta merta. Tak guna menolong orang yg berkawan dgn dap dan pan.

Kita parti yang kuat. Jangan risau kalah. Kita tidak akan kalah kerana ahli Kita ramai dan parti kita kuat. Hati2 dekat 7 ribu ahli parti lain akan masuk pas. Kita kuat. Takbir 3 kali.

Anonymous said...

PAS cepat2lah berambus dari Selangor. Buat semak je.

Anonymous said...

Hudud dan syariah utk org islam laaaa, org kapiaq tak payah sibuk laaaa

Anonymous said...

Laksanakan hudud dan ruu355 utk lebai2 dan walaun2 penyokong PAS dulu. Masukkan akta hudud dlm perlembagaan parti PAS dlm muktamar akan datang. Mana2 walaun biol yg tak sokong, ostad audi boleh sekeh atau tanam kat jirat cina.

Lone ranger pomen said...

Saye pulak cadangan kan buat utk ahli pas dulu. Kelantan sesuai pasal kes jenayah kat sane boleh tahan. Jika kurang lepas ni, negeri lain bleh la ikut.

Anonymous said...

Laksanakan terlebih dahulu hudud terhadap pembalak di Kelantan !!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.