Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

untuk pembetulan atau kefahaman ?

Jakim akan ambil keterangan Siti Kasim
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Dr Asyraf Wajdi Dusuki

PASIR PUTEH - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil peguam Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya berkaitan kewujudan Tuhan yang dianggap terpesong daripada akidah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata sekiranya terdapat kesalahan maka Jabatan Agama Islam Negeri boleh mengambil tindakan.

"Jakim tiada kuasa untuk mengambil tindakan hanya Jabatan Agama Islam Negeri sahaja yang ada kuasa mengambil tindakan mengikut apa jua kuasa mengikut enakmen berkaitan jenayah, akidah serta penyebaran perkara yang boleh merosakkan agama Islam," katanya.

Asyraf Wajdi berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh di sini, hari ini.

Beliau berkata buat masa sekarang, Jakim mengambil pendekatan memanggil Siti Kasim untuk berbincang mengenai kenyataannya itu.

"Kita bukannya mahu menjatuhkan maruahnya, adakah benar apa yang dikatakan. Kita mahu dengar dahulu daripada mulut dia sendiri tetapi apabila dipanggil jangan pula tidak hadir," katanya.

Asyraf Wajdi mengulas kenyataan Siti Kasim dalam rancangan temu bual dalam talian dengan media berbahasa Cina beberapa tahun lepas berkaitan kewujudan Tuhan yang dianggap terpesong daripada akidah.

Dalam perkembangan lain, Asyraf Wajdi yang dilantik sebagai Ikon Integriti JBPM Kelantan berkata pelantikannya itu adalah satu amanah yang besar dan juga dianggap sebagai satu penghormatan tinggi.

Katanya semua pihak perlu menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan penuh integriti.

Beliau juga memuji inisiatif yang diambil oleh JBPM dan Jabatan Kesihatan untuk bekerjasama memastikan tugas yang melibatkan keselamatan rakyat dapat dijalankan dengan lebih efektif dan efisien.

Pada majlis menandatangani MoU itu, JBPM Kelantan diwakili pengarahnya Azmi Osman manakala Jabatan Kesihatan Kelantan diwakili oleh Pengarahnya Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir. –Bernama

18 orang berkata:

Anonymous said...

Pas ni dah macam bini tua no 4. Mengada2 sangat. Sikit2 merajuk. Sikit2 maki hamun. Sikit2 membebel. Sikit2 bengkeng. Suruh kuar rumah tak nak kuar pulak. Tak bagi chan pulak laki nak ganti bini baru.

Anonymous said...

Hehehe

Anonymous said...

Pas bini tua selekeh.
Hancing pulak tu.
Heisssshhhh

Anonymous said...

geng siti kasim dah merapu....mcm siti

Anonymous said...

Hancing cam tu laki mana pun tak nak dekat

Anonymous said...

Pas selangor tak buat cadangan utk putuskan hubungan dgn PKR ke?

Kenapa ni? Kenapa? Kenapa tak buat? Kenapa? Buatlah cadangan. Buat la.

Anonymous said...

Bini tua no 4 tu nak mintak pujuk la turr. Menyampah bau hancing bini tua turr

Anonymous said...

Terajang aje. Bior dia mampoooosss Kat luor rumah

Anonymous said...

Dah tua nak mampos tak sedor diri. Apalah

Anonymous said...

Hukum mahkamah syariah dah ada walaupun pas kata masih belum dimartabatkan. Dlm keadaan rakyat susah dan regim kleptokrasi yg mendesak spt sekarang, apa salahnya ruu355 ditangguhkan dulu utk seketika. Tumpukan dulu usaha utk mensejahterakan rakyat dan membentuk good government yg sekarang amat kritikal. Dah elok besok, buatlah ruu 355 tu balik.

Gunalah otak tu rasional sikit. Yg patut didulukan tu dulukanlah. Korang tau tak, ratusan ribu lulusan universiti sekarang take Ada kerja. Yg dah kawin pun tak mampu beli rumah, tumpang rumah mak bapak. Ko ingat semua mak bapak kaya raya macam korang ke?

Anonymous said...

Nak bayar hutang ptptn pun kita org tak mampu, korang sibuk pulak dgn ruu 355 siang malam. Ada korang but tindakan nak bantu orang mcm kami? Ada? Pung pang pung pang maki hamun orang boleh la.

Cilaka betul parti mcm ni

Anonymous said...

Harga barang naik, harga minyak motor naik, harga lampin anak naik, boleh ke ruu 355 korang tu tolong selesaikan? Anak korang yg menganggur kerja kilang mcm aku ni boleh ruu533 korang tu bagi kerja?? Bullshitt

Anonymous said...

Time angkat sumpah mp adun, pegang quran janji utk berkhidmat kpd rakyat. Dah jadi mp adun sibuk kumpul duit beli kereta besor, maki hamun rakyat, kafirkan rakyat, binatangkan rakyat, 24 jam sibuk ruu355, ceramah politik kutuk sana sini, mintak derma tin milo....

Khidmat utk rakyat? Kahakptuiii

Anonymous said...

Kalau setakat tambah denda rm100K dan 30 thn penjara tu tak martabat mana pun. Kalu sbb rm100K dan 30 thn penjara tu menyebabkan regim kleptokrasi terus berkuasa hingga menyusahkan hidup rakyat, mintak2 la Allah laknatkan kamu hingga ke hari kiamat.

Anonymous said...

Keluarlah.
Kita tak perlukan lembu pondan

Anonymous said...

Jangan cakap lebih2 wooii.
Satgi hang kena pangge kapiaq kat geng2 depa kang

Anonymous said...

KENA KENCING ADALAH SATU NIKMAT

Anonymous said...

BILA DERIA RASA DAH KENA TARIK, HANCING KENCING BERBAU HARUM.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.