Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAN MEMANG KAKI SEBUK HAL ORANG LAIN. BOTOT SENDIRI BERBAU DAP

Parti lain jangan ‘sibuk’ hal Pas
Nor Azariza Mohd Alawi
Nor Azariza Mohd Alawi
KOTA BHARU - Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dinasihatkan tidak 'menyibuk' hal parti lain, terutamanya urusan Pas dalam meminda RUU 355.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, tindakan ‘masuk campur’ urusan atau hal parti lain adalah tidak manis dan tidak sepatutnya dilakukan bekas pemimpin Pas itu.

“Jangan sibuk hal orang (Pas). Jaga parti sendiri dulu. Urusan itu (pindaan RUU 355) adalah hak orang Islam. Sepatutnya beliau kena fikir lebih jauh, apa sumbangan Amanah untuk perkasakan Mahkamah Syariah di Malaysia. Apa peranan ahli parlimen mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau diminta mengulas kenyataan Salahuddin yang didakwa membayangkan usaha Pas untuk meminda RUU 355 semakin sukar, malah tindakan kerajaan tidak mengambil alih pembentangan usul menjadikan hasrat parti Islam itu hampir mustahil berlaku.


Azariza berkata, Pemuda Pas Kelantan masih optimis dengan usaha tersebut, malah bersedia mental dan fizikal dalam setiap keputusan yang akan dibuat kepimpinan tertinggi berhubung perkara itu.

Malah Exco Pemuda Pas Pusat itu memberitahu, tindakan parti lain yang cuba melemahkan semangat Pas untuk melaksanakan pindaan tersebut seharusnya dilihat lebih jelas oleh semua pihak.

“Kita tidak sepatutnya berkata begitu, ini usaha Pas. Jangan campur hal kita. Kita pun tidak campur hal mereka. Ini untuk orang Islam sahaja, jangan cuba kelirukan pemikiran rakyat dengan pandangan negatif sehingga boleh menghakis kefahaman mereka terhadap pelaksanaan RUU ini,” katanya.

5 orang berkata:

Lan said...

Nak laksanakan RUU 355 ke ? Nak bentangkan pun x boleh2 lagi . Kalau ini hal umat islam kenapa Amanah x boleh masuk campur ? Tapi waktu yg sama mintak sokongan/undi dari Amanah jugak . Berbelit2 PAS ni . X nak mengaku bila dah kena kencing pun ...

Anonymous said...

Melayu rosak kerana UMNO. Islam rosak kerana PAS.

Anonymous said...

Nak suruh orang sokong tapi bila tanya katakan menyebuk, pening-pening.....

Baharuddin Adam said...

Ha ha ha , biarkan ph nak buat lagu mana meme mika kaki makan keliling , ha ha ha .
Pas kan bertanding sendirian paru 14 ni . Ha ha ha

Anonymous said...

Kita tgk parti lebai hamPAS tersungkur di Kelantan. Ha ha ha

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.