Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BANJIR MELAKA TERKINI



Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 200 orang

26/06/2017 10:21pm

MELAKA - Jumlah mangsa banjir kilat di Melaka meningkat kepada 200 orang setakat 8 malam ini berbanding 149 orang pada sebelah petang.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan iaitu di Balai Raya Bukit Tambun, Balai Raya Bukit Balai dan Balai Raya Kampung Pulau di Alor Gajah serta Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel di Jasin. 

“Di daerah Alor Gajah, Balai Bukit Tambun kekal dengan 87 mangsa merangkumi lapan keluarga, Balai Raya Bukit Balai juga kekal dengan 40 mangsa daripada enam keluarga dan Balai Raya Kampung Pulau turut kekal dengan 15 mangsa merangkumi lima keluarga. 

“Di daerah Jasin, seramai 58 mangsa daripada 12 keluarga ditempatkan di SK Tehel,” katanya dalam kenyataan di sini. 

Effendy yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, berkata kejadian banjir itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang melanda sejak tengah malam tadi sehingga menyebabkan air Sungai Durian Tunggal, Sungai Melaka dan Sungai Tehel melimpah dan membanjiri lima kawasan dalam tempoh lima hingga tujuh jam kemudian. 

“Lima kawasan yang dilanda bencana itu ialah Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Pulau di Alor Gajah serta Kampung Tanjung Laboh dan Kampung Parit Lampong di Jasin” katanya. 

Beliau berkata, setakat ini cuaca dilaporkan baik dan keadaan banjir masih terkawal. - Bernama

1 orang berkata:

Anonymous said...

Tak best la cerita banjir. Kutuk dap dan amanah la baru best

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.