Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PARTI YANG PUCUK PIMPINANNYA BERMASALAH


Pimpinan tertinggi perlu campur tangan
Tun M, Muhyiddin should answer allegations
Tun Dr Mahathir Mohamad and Tan Sri Muhyiddin Yassin
 
SHAH ALAM - Kepimpinan tertinggi Bersatu perlu mengambil penyelesaian segera bagi menyelesaikan kemelut yang melanda sayap parti itu, saran Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian.

Menurutnya, parti akan dilanda kemelut dalaman sekiranya perkara itu gagal ditangani segera.

"Parti yang dilanda kemelut dalaman jika tidak ditangani segera akan melihat unsur sabotaj dan besar. 

Ia hanya mampu bertahan jika ditangani segera," katanya mengulas mengenai kontroversi melibatkan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang dilihat semakin meruncing kini.

Sehubungan itu katanya,  mesyuarat  jawatankuasa tertinggi perlu segera diadakan untuk menggelak situasi menjadi lebih runcing.

"Kepimpinan tertinggi wajar ambil tindakan segera untuk hentikan agar tidak berleretan kerana ini akan menjejaskan reputasi parti," ujarnya.

Menurut Sivamurgan, kepimpinan tertinggi parti turut disaran untuk mengenal pasti dalang yang menjadi musuh dalam selimut agar masalah itu dapat dihentikan.

Baru-baru ini, Exco Armada dalam sidang media melancarkan serangan terhadap pemimpin parti itu yang dilihat tidak berintegriti dan menyalahgunakan kuasa.

Rentetan daripada itu, Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menuduh tiga Exco Armada yang melancarkan ‘serangan’ terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai belot.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.