Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BANJIE MELAKA, MANGSA BERTAMBAH



Banjir Melaka: Dua lagi pusat pemindahan dibuka, mangsa bertambah kepada 149 orang

26/06/2017 7:31pm

MELAKA - Jumlah mangsa banjir kilat di Melaka meningkat kepada 149 orang setakat 4 petang ini berbanding 124 orang pagi tadi, dengan dua lagi pusat pemindahan dibuka iaitu di Alor Gajah dan Jasin dekat sini menjadikan empat pusat pemindahan beroperasi setakat ini. 

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, dua pusat pemindahan baharu itu ialah Balai Raya Kampung Pulau di Alor Gajah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel di Jasin. 

“Di daerah Alor Gajah, Balai Raya Bukit Tambun kekal dengan 87 mangsa merangkumi lapan keluarga, Balai Raya Bukit Balai melibatkan 40 mangsa daripada enam keluarga, manakala Balai Raya Kampung Pulau seramai 15 mangsa merangkumi lima keluarga. 

“Di daerah Jasin, seramai tujuh mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di SK Tehel,” katanya dalam kenyataan di sini. 

Effendy yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, berkata kejadian banjir itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang melanda sejak tengah malam tadi sehingga menyebabkan air Sungai Durian Tunggal, Sungai Melaka dan Sungai Tehel melimpah dan membanjiri lima kawasan dalam tempoh lima hingga tujuh jam kemudian. 

“Lima kawasan yang dilanda bencana itu ialah Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Pulau di Alor Gajah dan Kampung Tanjung Laboh dan Kampung Parit Lampong di Jasin” katanya. 

Beliau berkata setakat ini cuaca dilaporkan baik dan keadaan banjir masih terkawal. - Bernama

1 orang berkata:

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [1844] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 890 JUTA , wassalam.



free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.