Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LETUPAN BERHAMPIRANG MASJIDIL HARAM

Jemaah haji tidak perlu risau
0
Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
 
PUTRAJAYA - Jemaah haji Malaysia tidak perlu panik dan risau dengan insiden serangan bom berani mati berhampiran Masjidil Haram di Makkah semalam memandangkan petugas keselamatan Tabung Haji akan memantau pergerakan mereka ketika menunaikan ibadah suci itu tidak lama lagi.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata jemaah haji hanya perlu mendengar nasihat dan arahan diberikan petugas haji bagi memastikan segala-galanya berjalan lancar.

"Saya percaya jemaah akan ikut nasihat seperti dilakukan sebelum ini. Apa yang berlaku memang membimbangkan jemaah haji dan keluarga mereka.

"Jemaah perlu tenang dengan apa yang berlaku. Tidak perlu panik, risau. Pasukan keselamatan akan pantau pergerakan jemaah di kawasan ibadat. Malah saya sendiri akan berada di sana insya-Allah," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri hari ini.

Insiden serangan bom berani mati itu mencederakan 11 orang termasuk lima pegawai polis Arab Saudi. Kementerian Luar semalam mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam insiden itu.

Penerbangan pertama jemaah haji dijadual berlepas pada 24 Julai, manakala penerbangan terakhir pada 25 Ogos di lapan buah lapangan terbang utama iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Sepang; Alor Star, Kedah; Bayan Lepas, Pulau Pinang; Senai, Johor; Kuala Terengganu, Terengganu; Kota Bharu, Kelantan; Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.

Seramai 30,200 jemaah akan menunaikan ibadat haji bermula Julai ini. - Bernama

1 orang berkata:

Anonymous said...

Fanatik dan menunggang agama membahayakan umat dan negara. Harap pihak berkuasa di malaysia mengambil tindakan kepada penunggang agama sebelum nasi menjadi bubur. Ciri2 penunggang agama ialah suka mengkafirkan dan memaki hamun orang lain.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.