Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS NAFI

Tiada arahan tukar kawasan Parlimen Shah Alam
Tuan Ibrahim Tuan Man 
 
Tuan Ibrahim Tuan Man
 
SHAH ALAM - Pas menafikan mengeluarkan arahan kepada ahlinya untuk bertukar tempat mengundi ke Parlimen Shah Alam bagi memastikan kemenangan kawasan itu pada PRU14.

Ini berikutan tersebarnya surat yang meminta ahli Pas di kawasan Shah Alam yang berdaftar sebagai pengundi luar kawasan itu menukar tempat mengundi dari kawasan sekarang ke dalam Parlimen Shah Alam.

Antara lain kandungan surat itu menyatakan proses ini penting sebagai usaha melebarkan  kemenangan Pas bagi Parlimen Shah Alam dan memastikan sasaran Pas memenangi minima 40 kerusi Parlimen pada PRU14 dapat dicapai.

Menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, arahan sedemikian tidak pernah dikeluarkan pihaknya.

“Dari segi parti tidak ada arahan. Kita juga tidak mengisytiharkan lagi kerusi yang Pas tandingi,” katanya mengulas mengenai kesahihan surat tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena program Munaqasyah Rakyat Peringkat Kebangsaan anjuran Lajnah Penerangan Pas Pusat di Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini.

Bagaimanapun katanya, adalah tanggungjawab ahli Pas untuk memenangkan semua kerusi Parlimen yang ditandingi parti pada PRU ini.  

“Di Selangor ini, banyak kerusi yang akan ditandingi Pas, maka tanggungjawab ahli memastikan kemenangan Pas,” katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Main tipu pru dosa tau.
Dah tiru MCM umno pulak.
Bawak undi hantu mati masuk neraka.

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [4498] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 790 JUTA , wassalam.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.