Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SETELAH BUAT LAPORAN KE SPRM TUNGGULAH APA TINDAKAN SPRM


SPRM digesa siasat kekayaan keluarga mahathir
?
SPRM digesa siasat kekayaan keluarga mahathir

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa melakukan siasatan segera terhadap kekayaan luar biasa yang dimiliki keluarga Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Shah Alam, Wan Mohamad Ashraf Nasjaruddin, siasatan itu perlu agar rakyat mengetahui sama ada Mahathir seorang yang pemimpin yang bersih atau sebaliknya.

"Dari maklumat yang kita perolehi, keluarga Dr Mahathir memiliki 488 syarikat di dalam negara. Ini termasuk yang dimiliki Dr Mahathir sendiri serta empat anaknya.

"Maka, kita desak siasatan segera dan telus dapat dilakukan oleh SPRM sebelum tibanya PRU14," katanya pada sidang media selepas membuat laporan dan menyerahkan dokumen kepada SPRM, di sini semalam.

Wan Mohamad Ashraf berkata, beliau tidak takut dengan pendedahannya itu dan bersedia berdepan dengan sebarang tindakan oleh partinya.

"Bagaimana saya dapat maklumat itu, tidak perlu tahu tetapi isi kandungan itu yang perlu diambil tahu.

"Kalau dipecat sekalipun, saya tiada masalah kerana kami berjuang atas nama rakyat Malaysia

"Saya sama sekali tidak akan bertindak keluar parti," katanya yang menyertai Bersatu sejak awal penubuhannya tahun lalu.

Menurutnya, biarpun isu kekayaan luar biasa keluarga Mahathir telah lama di bangkitkan, namun sehingga kini tiada penjelasan mengenai perkara itu.

"Bukannya kami tidak pernah bangkitkan isu ini, tetapi mereka (pemimpin atasan) tidak pernah menjawab pertanyaan kami.

"Sebelum ini Exco Armada membuat kenyataan dalam sidang media. Malangnya mereka di dituduh sebagai pengkhianat.

"Di mana demokrasi dan kebebasan bersuara dalam parti, sedangkan ahli di akar umbi mahukan jawapan," soalnya.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Sprm takde telo. Patut siasat semua termasuk dedak rm90juta yg masuk ke affin bank.

Anonymous said...

X payah pakai baju bersatu lah, yg lapor ni org umno yg menyamar utk merosakkan bersatu dari dalam.
Ehhh ada ketua bhg umno dlm gambar tu...mcm kenal je. Sejak bila dia ni ahli bersatu?

Anonymous said...

Diharap asyraf dapat buat laporan kpd sprm tentang kekayaan anak najib serta isterinya sekali. Jgn lupa jugak buat laporan kekayaan anak hadi sekali. Minta sprm siasat sebelum pru14. Tq

Anonymous said...

Mulanya memang masuk bersatu. Tapi tewas sbb ada tawaran dedak yg menggiurkan.....


Cam abang tuang hj presdeng pengerusi parti agama zimbabwe (PAZ) jugokkk ....

Bpk Heru said...

Sedikit riwayat saya sekian lama telah berbisnis dan akhir akhir hampir bangkrut dan mungkin saya sudah bangkrut seandainya saya tidak menemukan dukun sakti yang benar benar membantu saya meningkatkan bisnis kembali dan alhamdulillah berkat bantuan pesuhihan dana gaib MBAH BUDI HARTONO saya bisa sukses kembali dan tidak jadi bangkrut makasi banyak ya MBAH sedikit info apabila anda ingin mendapatkan solusi hidup MBAH BUDI HARTONO punya ke ahlian bisa membantu pesugihan saya di bantu oleh MBAH BUDI HARTONO melalui dana gaib dengan jumlah 1 milliar syukur alhamdulillah inilah baru namanya dukun sakti karna betul betul memberikan hasil bagi anda yang butuh bantuan dana gaib dan masih banyak bantuan lainnya silahkan konsultasi sama MBAH BUDI HARTONO di nomor hp: 085-256-077-899 untuk info lebih jelasnya kunjungi website klik disini -->> PESUGIHAN DANA GAIB

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.