Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAMAN FITNAH RAFIZI MERAYU


Rafizi, pemilik portal dibenar merayu
0
Mohd Rafizi Ramli
Mohd Rafizi Ramli
 
PUTRAJAYA -  Naib Presiden PKR,  Mohd Rafizi Ramli dan pemilik sebuah portal berita diberi kebenaran oleh Mahkamah Persekutuan di sini hari ini untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan menolak pembelaan mereka bagi komen adil dalam satu saman fitnah.

Kedua-duanya disaman oleh Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kenyataan Mohd Rafizi yang didakwa memfitnah mereka pada satu forum mengenai subsidi minyak di Bandar Tun Razak pada 22 November​, 2014.

Panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum memberikan kebenaran itu kepada Mohd Rafizi, yang juga anggota Parlimen Pandan dan Chan Chee Keong.

"Kami bersetuju memberikan kebenaran untuk empat soalan (undang-undang) bagi kedua-dua kes," kata Malanjum. Bersidang bersama beliau ialah dua hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ramly Ali dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Antara soalan undang-undang itu adalah sama ada kata-kata fitnah yang didakwa dibuat secara gurauan itu layak untuk pembelaan komen adil dan adakah sesuai bagi hakim yang mendengar permohonan penolakan itu untuk membuat keputusan sama ada kata-kata fitnah yang didakwa  itu adalah fakta atau pendapat.

Dalam saman itu,  Najib dan Rosmah mendakwa ucapan Mohd Rafizi telah dirakam oleh Media Rakyat dan dimuat naik ke dalam YouTube dan portal Media Rakyat oleh Chee Keong atau pembantunya.

Najib dan Rosmah turut mendakwa Chee Keong juga telah 'share' rakaman itu ke dalam akaun Facebook Media Rakyat yang boleh diakses secara meluas oleh pengguna internet di seluruh dunia.

Pasangan itu memohon ganti rugi am,  ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah berserta faedah dan kos.

Najib dan isterinya juga memohon untuk mengetepikan pemblaan bagi komen adil atas alasan perkataan yang dipertikaikan itu merupakan "kenyataan mengenai fakta dan bukan kenyataan bagi komen".

Permohonan pasangan itu di Mahkamah Tinggi telah ditolak, mendorong mereka merayu ke Mahkamah Rayuan yang kemudiannya membuat keputusan memihak kepada mereka dan menolak pembelaan Mohd Rafizi dan Chan bagi komen adil pada 29 November​, tahun lepas.

Peguam Wan Azmir Wan Majid mewakili Najib dan Rosmah manakala peguam Razlan Hadri Zulkifli bagi pihak Mohd Rafizi dan Chee Keong. - Bernama

3 orang berkata:

pelet santet said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [3411] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 790 JUTA , wassalam.

ibu irma said...

Ada 7 tahun saya jadi tki di singapura akhirnya impian saya tercapai untuk pulang ke indonesia,terima kasih MBAH SERO atas bantuannya,saya bisa berkumpul kembali dengan keluarga di kampung,karna melalui jalan togel sekarang saya bisa sukses,ini semua berkat bantuan MBAH SERO yang memberikan angka 4d bocoran singapura,alhamdulillah dapat 250 juta,saya sangat bersyukur kebun orang tua yang dulunya di gadai buat biaya saya untuk berangkat kesingapura,kini sudah saya tebus kembali,tanpa bantuan beliau mungkin belum bisa saya pulang kampung,terima kasih banyak MBAH SERO jasa-jasamu tidak akan saya lupakan,bagi saudarah2 di indonesia maupun di luar negeri butuh bantuan,apalagi yang terlilit hutang silahkan tlpn atau sms di nomor 082 370 357 999 atas nama MBAH SERO,untuk info lebih jalasnya buka blog MBAH silahkan KLIK DISINI PESUGIHAN TANPA TUMBAL beliau seorang paranormal yang bisa di percaya,karna sudah memberkan hasil,ingat kesempatan tidak akan datang untuk kedua kali,jadi giliran anda untuk membuktikannya,inilah kisah nyata dari saya ibu irma tki singapura..

Anonymous said...

dalam tajuk ini pak karamu dapat dua saham akhirat dari iklan judi

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.