Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

panggil pengurusan FGV


SPRM akan panggil pengurusan FGV
Datuk Dzulkifli Ahmad
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad. - Foto Bernama
 
KEPALA BATAS - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa saksi termasuk pengurusan tertinggi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) berhubung siasatan terhadap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata semua saksi termasuk pengerusi FGV akan dipanggil dalam masa terdekat untuk direkodkan keterangan mereka bagi membantu siasatan.

"Semalam SPRM telah mengambil dokumen-dokumen yang diperlukan dari pejabat FGV dan sekarang pegawai saya tengah teliti serta mengkaji (dokumen) dan melihat kepentingan untuk memanggil saksi untuk direkodkan keterangan.

"Saksi itu tidak kira sesiapa sahaja termasuk di peringkat kepimpinan serta pengerusi FGV tertakluk kepada dapatan daripada kajian dokumen yang pegawai saya sedang teliti serta fakta kes," katanya kepada pemberita pada Program Ihya Ramadan SPRM di Masjid Al Jamiul Badawi di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan kes akan diselesai secepat mungkin namun akan mengambil sedikit masa sekiranya dokumen serta siasatan melibatkan pihak di luar negara.

Dzulkifli berkata pihaknya juga menerima beberapa laporan berhubung siasatan FGV itu, namun beliau enggan mendedahkan sama ada laporan berkenaan dibuat membabitkan salah guna kuasa atau rasuah.

"Saya tidak boleh maklumkan siasatan kes itu menjurus kepada rasuah atau penyelewengan kuasa kerana ia sedang disiasat dan cuma saya boleh pastikan siasatan tersebut akan dibuat secara terperinci, profesional serta telus," katanya.

Semalam sepasukan pegawai dan anggota SPRM mengambil masa selama lapan jam bagi menyelesaikan urusan pengambilan dokumen di pejabat Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad di Tingkat 45 Menara Felda di Kuala Lumpur.

Zakaria tampil di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya semalam dengan berbekalkan beberapa dokumen berhubung FGV dan beliau dilapor memberi keterangan kepada suruhanjaya itu antaranya mengenai isu tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada anak syarikat FGV iaitu Delima Oil Products.

Selasa lepas Zakaria dan tiga lagi pegawai pengurusan kanan FGV dan anak syarikatnya diarahkan bercuti berkuat kuasa serta-merta.

Tiga pegawai kanan itu ialah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd, Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar. - Bernama

9 orang berkata:

Anonymous said...

Aku tak setuju idris jala dilantik sebagai pihak bebas utk pantau kemelut, sepatutnya najib lantik lebai hadi, dia boleh rujuk kitab fiqh utk selesaikan isu tu. Lagipun dia nelayan, dia pandai uruskan hal berkaitan pertanian. Tak gitu?

Anonymous said...

Sebagai bekas ahli pas kelantan yg bersifat totok, saya amat menyokong cadangan sedara. Saya nak sangat lihat fgv di bawah kepimpinan Hadi dapat memajukan penternakan keldai, unta, sotong, ikang belukang dan biawak. Dia jugak dapat memajukan ternakan barua dan berbagai jenis haiwan kaki empat.

Anonymous said...

Bagi Kat mat yakob la. Dia bole tanam durian kunyit dalam ladang kelapa sawit FGV.

Anonymous said...

Pru14 dah dekat sangat ler turrr. Ehemmm

Anonymous said...

Hebat mazlan aliman ahli Amanah bertindak. Nak harap pas, jgn haraplah.....jadi tukun tiruan aje laaa.

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [8470] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 790 JUTA , wassalam.

Anonymous said...

nk hrp lobai???? tambah koleksi bini & kereta Mewah boleh le... nk bela rakyat??? hampeh..$@%44%*&$$2°√|€¶<×÷°°^_÷€°_=gycfd&6^^€|€^^.. hujjah ahli lobai bila isu +bini + keta mewah pimpinan tertinggi lobai.... biarlah.. duit depe....ikut suka depa la nk tambah bini ke..kereta ka... ayat aku... duit depa!!!!!! kt masjid aku ostad2 lobai 24jam kutip derma... keta besaq.. bini byk...tgk mewah... muka tak tau malu ke??? Pakcik Umno yg naik kapcai c70 pun x pernah minta derma kt masjid.... kutip derma kata derma jihad... kahhh kahhh kahhhh .... derma jihad... memang jual agama...

Anonymous said...

bagi kt nik amar la...
ade Tanjak jadi ceo..
keta besar dh...
Rekod Cermelang Urus Balak Kelantan....tip top...
Rakyat Kelantan pun suka sangat bila musim tengkujuh... Dia akan bancuh Teh Tarik percuma dari Sungai Hulu Kelantan sampai KB... x payah berebut ambik.. Air Teh Tarik nik amar akn dijamin sampai hingga ke dalam rumah rakyat..

Anonymous said...

Sprm pun ambik rasuah..
kahhhh...
kahhhhh....
kahhhhhhh.....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.