Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA YANG KENYANG MASUK IKUT BELAKANG ?


Rezeki penjual sayur tempatan disekat
Rezeki penjual sayur tempatan disekat
RAMAI pekerja asing yang sebelum ini bekerja di kebun sayur kini didapati bijak mencari peluang apabila memberanikan diri membuka gerai sayur secara haram di pasar-pasar besar di sekitar Kuala Lumpur.

Tindakan mereka sekali gus bukan sahaja menyekat rezeki penjual sayur tempatan, malah nyawa mereka turut terancam serta kerugian harta benda.

Perkara ini didedahkan Pengerusi Persatuan Penjual-Penjual Sayur Malaysia, Datuk Soo Cheng Kee seperti yang dilaporkan dalam China Press.

“Satu insiden telah berlaku di Kuala Lumpur minggu lalu apabila salah seorang ahli dalam persatuan kami telah dirompak dan dicederakan seorang penjual sayur haram yang dipercayai seorang warga asing.

“Ini membuktikan ancaman pekerja asing terhadap peniaga sayur telah semakin hari semakin serius. Persatuan kami telah membuat laporan kejadian itu kepada pihak polis dan akan mengemukakan laporan kepada Kementerian Dalam Negeri agar mengenakan tindakan segera untuk membanteras kegiatan pendatang asing tanpa izin ini,” katanya.

Dalam usaha mengurangkan jumlah pekerja asing tanpa izin di negara kita, Cheng Kee berharap kerajaan dapat membanterasnya dengan berjaya bagi memastikan tiada lagi golongan pekerja asing ini menggugat keselamatan dan sumber pendapatan peniaga sayur tempatan.

Ambiga yakin rakyat sokong pembangkang

Bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan yakin pembangkang tetap dapat menerima sokongan daripada pengundi pada PRU akan datang.

Katanya, walaupun parti-parti pembangkang kini menghadapi krisis, namun akibat rakyat inginkan perubahan, BN dan Pas didapati masih sukar untuk memenangi dengan lebih banyak kerusi.

“Pakatan Harapan masih berpeluang kerana tidak mungkin ramai pengundi di kerusi kawasan bandar akan mengundi Pas.

“Pas tidak akan berjaya di kawasan bandar. Sebelum ini mereka berjaya kerana bersama dengan Pakatan Rakyat dan pengundi memilih mereka dengan harapan mereka memainkan peranan untuk menyingkir kerajaan,” katanya seperti dilaporkan dalam Oriental Daily.

Amiga berkata, kemunculan Bersatu jelas ternyata memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan kerana beliau yakin rakyat akan memberi banyak undi kepada parti itu berbanding Umno.

“Bersatu kini dilihat telah menarik perhatian oleh ramai pengundi di luar bandar. Mereka telah memasuki kawasan-kawasan yang sebelum ini dikatakan sukar ditembusi oleh parti pembangkang. Ini satu tanda yang positif kepada Pakatan Harapan,” katanya.

300,000 kanak-kanak tiada kerakyatan

Hampir 300,000 kanak-kanak tidak bernegara gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan kerakyatan negara ini sehingga sukar untuk melanjutkan pelajaran dan mendapatkan hak yang saksama seperti warganegara.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata, nasib kanak-kanak ini perlu diberi pembelaan sewajarnya kerana mereka menetap di negara ini sejak dilahirkan.

“Masalah itu telah dibangkitkan berkali-kali oleh pihak pembangkang di parlimen, namun sehingga kini tidak diselesaikan.

“Saya telah membangkitkan perkara ini di parlimen berkali-kali. Malah, saya tidak berseorangan dalam membangkitkannya,” kata Nie Ching seperti dilaporkan dalam Sin Chew Daily.

Menurutnya, meskipun menteri ataupun timbalan menteri dalam jawapan balasnya menyatakan rasa simpati dan bersetuju bahawa mereka adalah kanak-kanak tidak berdosa, sehingga kini tidak ada tindakan diambil untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Beliau menggesa kerajaan memudahkan proses berkenaan kerana mereka sebenarnya adalah warganegara Malaysia.

“Kerakyatan seharusnya diberikan jika seseorang ayah itu memberikan laporan DNA, atau telah secara sah mengambil kanak-kanak itu sebagai anak angkat,” katanya yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP.

3 orang berkata:

pelet santet said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [9413] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 790 JUTA , wassalam.

Anonymous said...

pas caw dh lumpuh...
geng muda dh lari...
tinggal geng tua sorang dua je yg x pandai it..
rasa mcm x macho bila dlm pas..
x tau ape stand pas skrg???
pro pembangkang @ pro BN..?

Seri Wulansi said...

Melalui jalan pesugihan sekarang saya sudah sukses,ini semua berkat bantuan PAK AGUSTAN yang memberikan pesugihan dana ghaib sebesar 700 juta,saya sangat bersyukur kebun orang tua yang dulunya di gadai kini sudah ditebus kembali,dan hutang2 saya yang di rentenir semuanya sudah saya lunasi,tanpa bantuan beliau gak tau nasib saya seperti apa,terima kasih banyak PAK AGUSTAN jasa-jasamu tidak akan saya lupakan,jika saudarah2 perlu bantuan,apalagi yang terlilit hutang silahkan tlpn atau sms di nomor 0853 4290 1718 atas nama PAK AGUSTAN,beliau seorang paranormal yang bisa di percaya,karna sudah banyak paranormal yang saya hubungi maupun yang saya datangi,cuma PAK AGUSTAN yang memberikan hasil,ingat kesempatan tidak akan datang untuk kedua kali,jadi giliran anda untuk membuktikannya,inilah kisah nyata dari saya seri wulansi..

Inilah Jenis Pesugihan Tampa Tumbal Dari PAK AGUSTAN
1.Pesugihan Dana Ghaib
2.Pesugihan Tuyul
3.Pesugihan Uang Balik
4.Pesugihan Penarik Uang
5 Pesugihan Pelaris Usaha
6.Pesugihan Putih
7.Pesugihan Nomor Togel

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.