Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG ATAS PANDAI-PANDAI BELAKA, BUAT KERJA JUTA-JUTA

Siasatan ke atas CEO FGV libatkan jutaan ringgit
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
 
Pengerusi Felda Global Holding Berhad (FGV) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad semasa mengadakan sidang media mengenai isu Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad yang diarahkan bercuti bagi menjalankan siasatan salahlaku urusniaga melibatkan jutaan ringgit di Menara Felda hari ini. - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Siasatan ke atas Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif  Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad yang telahpun diarahkan bercuti melibatkan jutaan ringgit,  kata Pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Menurutnya, siasatan terhadap Zakaria dijalankan susulan daripada hasil siasatan yang telah dilakukan oleh syarikat audit, PricewaterhouseCoopers yang tidak boleh dinyatakan kepada umum.

Zakaria dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 April tahun lepas.

Bagaimanapun, Mohd Isa berkata siasatan itu tidak mempunyai tempoh masa tertentu.

"Hasil siasatan awal berapa bulan lalu mendapati ada salah laku urus niaga dengan Delima Oil Products Sdn Bhd dan Safitex dan lembaga pengarah mencadangkan beliau letak jawatan supaya (perkara ini) tidak menjadi isu besar. Tetapi dia tak nak," katanya dalam satu sidang akhbar tergempar, di sini, hari ini.

Mohd Isa juga berkata FGV terbuka untuk berkerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan.

FGV dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia berkata  cuti Zakaria bermula 6 Jun sementara menunggu siasatan dijalankan ke atas beberapa transaksi oleh anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn Bhd.

Selain Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar juga digesa mengambil cuti susulan siasatan tersebut.

Pada 12.04 tengah hari, harga saham FGV turun tujuh sen kepada RM1.66 dengan 27.12 juta saham diniagakan. Dagangan saham syarikat itu telah dihentikan pada 12.05 tengah hari dan disambung semula pada 2.30 petang.

Mohd Isa berkata keputusan untuk memberikan Zakaria surat penggantungan kerja adalah bagi membolehkan FGV menjalankan siasatan tanpa gangguan dan bukan untuk menyembunyikan sesuatu.

Ditanya samada keputusan itu dibuat tergesa-gesa, beliau berkata ia telah lama berlaku dan dibuat setelah mengambil kira pandangan pihak lembaga pengarah.

"Lembaga berpandangan elok kita ambil tindakan supaya kita (FGV) tak dituduh melindungi (salah laku).  Kita bukan syarikat Sdn Bhd, kita syarikat senaraian awam.

"Kalau dia rasa tak betul dia boleh lapor kepada SPRM. Apa salahnya. Dia (SPRM) nak siasat tiada siapa boleh halang. Kita akan beri kerjasama," kata Mohd Isa. –Bernama

12 orang berkata:

Anonymous said...

JIKA KITA BUAT KERJA DENGAN AMANAH DAN JUJUR KERANA ALLAH SELAMAT LAH KITA, JIKA SEMUA KITA YANG MENGAKU BERUGAMA ISLAM TIDAK KIRA PERDANA MENTERI, MENTERI, KETUA KETUA JABATAN, PEMIMPIN PEMIMPIN KETUA KETUA KELUARGA, DIRI KITA SENDIRI TIDAK MENJALANKAN AMANAH, MENYELEWENG, MEMBUAT KERJA KERJA MUNGKAR, DIDEPAN ALLAH NANTI KITA JAWABLAH SENDIRI, JANGAN LUPA HABUAN MENUNGGU KITA DIAKHIRAT NANTI, SAMA ADA SYURGA ATAUPUN NERAKA

Anonymous said...

Orang atas memang pandai buat duit. Kalu tak caya cuba tanya nasa bin taik dan badi bin bawang. Tq

pelet santet said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [1560] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 790 JUTA , wassalam.

Anonymous said...

Ya betul tuu. Timb. Presiden dan Presiden masyukk juta juta 90juta melalui akaun affin. Org atas atas mmg pandai, yg kekal bodoh ialah walaunta.

Anonymous said...

Semua korup. Jahanam mcm ni bro...
Rakyat marhean kena tipu.
Money is the KING. Org Islam mendahului carta rasuah. Kita patut berbangga.

Anonymous said...

Pak karamu ni balaci habuk pun tarak

Pemimpin atas semua mewah, dia kerja menyalak saja

Anonymous said...

Duit 90juta bedak kt luar negara...

Anonymous said...

Porche AP utk anak aku...
Van Buruk utk Unt Amal...
Audi AP utk bini no2 aku..
Beras Sekampit utk Cikgu Psti..
Hasil balak utk Aku...
Banjir besar utk Rakyat..
90juta utk geng Atas..
Hampas habuk utk Ahli.....
^
seloka Badan & Nyawa....

Anonymous said...

Apa yg penting hanpa semua penjilat Dapig.... cakap tanpa bukti... hampeh !

Anonymous said...

Ajaran daripada ugama baru PAN...
- fitnah org islam.
- mencerca saudara seagama.
- tasbih harian ialah dedak 90 juta.
- menggelar seseorang dgn gelaran yg buruk.
- hasad dengki...
Patut lah sanggup jadi "baruah" dap pun....

Anonymous said...

Anon 0443 x perasan dia sudah jadi PIGS!PIGS
Kah3
Jangan mengata orang kan dah kena batang hidung sendiri tanpa sedar....gabungan koran Allah susun atas nama Pas-Ikatan-Gagasan Sejahtera @ PIGS kan?
KahKah3

Anonymous said...

Anon 0443
Oing...Oing....Oinggg

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.