Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALA, JABATAN AGAMAPUN TIADA HAL, YANG KAMU SEBUK APA HAL ?




KAMU JIKA TIADA KEBENARAN LEBIH BAIK DIAM.
BERCAKAP TENTANG ISLAM DAN HUKUM KENA ADA KEBENARAN.

KALAU NAK DIAMBIL KIRA AMALAN YANG BERTENTANGAN DENGAN
AGAMA ISLAM DI NEGARA INI, BERLAMBAK BANYAKNYA TAPI KAMU 
MENGAPA BISU, MALAH YANG BERTANGGUNGJAWAB JUGA BISU !


-Pak Karamu-



 Isma gesa penganjur majlis berbuka disiasat
Isma gesa penganjur majlis berbuka disiasat
Omar Kassim
BANGI - Penganjur majlis berbuka puasa di kalangan pendukung gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pada 10 Jun lalu perlu disiasat dan dipanggil memberikan keterangan kepada pihak berkuasa.

Memetik laporan ismaweb.net, Ketua Biro Islamiyat Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Omar Kassim berkata, tindakan mereka menganjurkan majlis berbuka puasa yang mengagungkan hawa nafsu ini turut sama menghina Islam.

“Apa yang mereka lakukan bertentangan dengan ajaran Islam sebenar. Islam mengharamkan zina, macam mana kita boleh membiarkan orang mempromosikan zina.

“Islam mengharamkan seks sejenis, apa yang mereka lakukan ialah mempromosikan maksiat dan kehancuran,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, umat Islam kena bertindak berdasarkan hadis yang mafhumnya, barang siapa melihat kemungkaran, hendaklah dia mencegah dengan kuasa yang dimilikinya.

“Jika tidak mampu dengan lidahnya. Jika tidak mampu dengan hatinya. Dan dengan hati adalah serendah iman.

“Mereka mengagungkan hawa nafsu, sehingga menyatakan tiada ayat di dalam al-Quran mengharamkan gay.

“Mereka boleh pergi lebih jauh hingga menyatakan tidak perlu untuk menganut Islam sekiranya agama tersebut tidak membuahkan ketenangan jiwa dan perbuatan seks sumbang sesama jantina adalah halal menurut al-Quran.

“Pengharaman seks sejenis ini secara jelas diharamkan di dalam al-Quran apabila Nabi Lut berdakwah kepada keluarganya dalam surah An-Naml ayat 54-58.

“Betapa jauh liberalisme ini boleh pergi ke dasar kesesatan. Ini satu agama baru yang berhujah dengan al-Quran tafsiran sendiri,” keluhnya.

Program yang diadakan minggu lalu itu dihadiri oleh ramai aktivis liberal serta penyokong LGBT tempatan.

Antara pendukung gerakan ini yang hadir untuk menyerikan majlis ini adalah mantan pengurus program Sisters in Islam, Suri Kempe, Dorian Wilde dan Nisha Ayub dari Justice For Sisters.

Program ini juga menyajikan tayangan filem berlatar belakangkan perjuangan gay, bertajuk Pride dan bacaan puisi yang bertajuk Halal/Haram oleh Catherine Brogan yang berasal dari Ireland.

Ianya difahamkan diadakan bertujuan untuk mengingati pengamal LGBT yang terkorban di sebuah kelab malam di Orlando, Amerika Syarikat pada 12 Jun tahun lalu.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.