Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA ERTINYA ? KERAJAAN MESTI DITUMBANGKAN ?


BNM tidak boleh dakwa 1MDB
?
Zeti Akhtar
Zeti Akhtar Aziz
 
SHAH ALAM - Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengakui menguruskan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah antara tugas yang paling mencabar dalam kariernya sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

Beliau menyedari banyak pihak menaruh harapan tinggi kepada BNM. Bagaimanapun, katanya, BNM tiada kuasa untuk mendakwa.

“Banyak pihak berharap BNM boleh melakukan lebih banyak, namun kuasa BNM terhad kerana tidak mempunyai hak untuk melakukan pendakwaan.

"Tetapi BNM sentiasa memberi sokongan kepada mana-mana institusi yang boleh melakukannya,” katanya dipetik dalam temu bual eksklusif oleh akhbar Sin Chew Daily.

Inilah kali pertama Zeti diwawancara oleh media tempatan setelah menamatkan kontrak sebagai Gabenor BNM pada April tahun lalu.

Zeti berkata, dalam menguruskan kes 1MDB, tugas utama BNM adalah memastikan sistem kewangan negara tidak dirosakkan.

“BNM memiliki undang-undang yang paling sempurna, termasuk Akta Bank Negara Malaysia 2009, Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan sebagainya bagi melindungi sistem kewangan dikendalikan dengan telus, stabil dan sihat.

“BNM telah mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB. Saya boleh katakan jumlah kompaun ini adalah ‘paling tinggi dalam sejarah negara’. Hanya inilah yang boleh dilakukan oleh BNM dalam kuasa yang terhad,” katanya.

Pada 28 April 2016, BNM mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB kerana gagal mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. 

1MDB diberikan tempoh sehingga 30 Mei, 2016 untuk membayar kompaun tersebut.

Bagaimana pun, sehingga hari ini, BNM tidak menjelaskan nilai sebenar kompaun pentadbiran yang dikenakan terhadap 1MDB.

Kira-kira dua minggu kemudian, Gabenor BNM yang baru dilantik, Datuk Muhammad Ibrahim memberitahu pihaknya telah menamatkan siasatan di bawah bidang kuasanya terhadap hal ehwal 1MDB.

Katanya, 1MDB telah menyatakan komitmen untuk membayar kompaun sebelum tarikh akhir pada 30 Mei 2016, menandakan tamatnya siasatan tersebut.

Bagaimanapun, Muhammad enggan memberitahu nilai kompaun yang dikenakan ke atas 1MDB, memandangkan ia bertentangan dengan amalan BNM bagi mendedahkan kuantum yang dikenakan terhadap individu khusus atau entiti kepada awam.

Ditanya apakah beliau rasa kecewa dengan hasil siasatan 1MDB, kata Zeti, sebagai salah seorang pegawai dalam BNM, seharusnya tidak boleh berperasaan sedemikian kerana ia akan menjejaskan tumpuan terhadap tugasan yang dipertanggungjawabkan.

"Kakitangan BNM tidak sama dengan orang lain. Kami mesti belajar menumpukan perhatian terhadap tugas. Ini kerana hasil daripada kerja kami adalah untuk rakyat dan dunia korporat, bukan terhadap perasaan peribadi," katanya.

Beliau mengakui dirinya adalah seorang manusia dan mempunyai perasaan, bagaimana pun, tanggungjawab adalah lebih penting daripada perasaan diri sendiri.\

"Saya perlu menepikan perasaan sendiri. Saya perlu sedar tanggungjawab saya adalah besar. Tumpuan saya terhadap tugas mesti diutamakan daripada segala perasaan kecewa atau kegagalan.

"Ketika menghadapi saat kecewa, kata-kata dorongan diberikan antara sesama ahli dalam kumpulan kami adalah amat penting. Kami sedar BNM amatlah penting untuk negara. Kami tidak mahu BNM dirosakkan. Inilah yang saya selalu utamakan," tegas Zeti.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.