Tuesday, May 27, 2014
PRK Teluk Intan : Macam-Macam Hina Kaum Cina Di Malaysia, Bodoh Jika Masih Undi Umno BN, Kata Anwar
Cina bodoh jika masih undi BN, kata Anwar |
"Mereka (BN) tidak hiraukan masyarakat India. Mereka melabelkan Cina sebagai penceroboh dan masih ada Cina mengundi BN. Cina seperti ini tidak mempunyai rasa malu.
"Apabila perdana menteri datang (beliau berkata) apa lagi Cina mahu, menteri kata Cina penceroboh, namun masih ada kaum Cina kata hidup BN! Bodoh betul Cina macam ni," kata Anwar disambut dengan sorakan orang ramai.
"Sekiranya pemimpin BN tidak menghormati anda, saya gesa kamu semua untuk menolak BN dan mengundi DAP 31 Mei ini," katanya.
Calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud akan berdepan dengan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong Sabtu ini bagi merebut kerusi Parlimen Teluk Intan susulan kematian Seah Leoh Peng pada 1 Mei lalu.
Anwar malam tadi memuji Dyana Sofya sebagai seorang belia dan berpengalaman berkerja bersama Lim Kit Siang yang disifatkan sebagai pemimpin yang tidak pernah penat.
"Dyana masih muda, sekiranya dia melakukan salah, kita boleh mengajar dia, Kit Siang ada, beliau melatih sendiri Dyana dalam politik ini.
"Adakah anda fikir senang bekerja dengan Kit Siang, Beliau tidak tahu makna penat, tidak tahu untuk tidur saya juga tidak tahu apa yang beliau amalkan, mungkin tablet ginseng atau Tongkat Ali," kata Anwar.
Pada masa yang sama, Anwar juga menyelar BN ekoran politik bikini yang dimainkan bagi menentang Dyana Sofya selain menjadi mangsa samseng, sexism, dan laman sosial kempen sejak daripada pengumuman beliau.
"Bercakap mengenai pendidikan polisi BN, apa yang anda mahu lakukan untuk penduduk Teluk Intan, adalah harga barangan berpatutan, sebaliknya mereka tanya: apa warna lipstik, apa jenama bikini yang kamu pakai.
"Politik Umno BN biarpun Islam tetapi anda tidak boleh menipu menghina orang. Ini adalah politik 'xiao ren' menghina," katanya.
Selain itu, Anwar juga keliru apabila Gerakan masih menuntut undi daripada pengundi di Teluk Intan memandangkan prestasi di Pulau Pinang.
"Adakah Gerakan masih lagi wujud? Saya keliru, rakyat di Pulau Pinang langsung tidak mempedulikan Gerakan jadi mengapa mereka masih ada di Teluk Intan," katanya.
Mah yang juga Presiden Gerakan menang di kerusi Parlimen Teluk Intan sebanyak dua kali pada 1999 dan 2004, bagaimanapun kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 kepada DAP iaitu M Manogaran dan Seah 2013.
Teluk Intan mempunyai 60,349 pengundi termasuk 410 pengundi awal.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa pengundian awal pada 27 Mei dan tarikh mengundi adalah pada 31 Mei ini.
* "Cina Tidak Bersyukur", MIC, MCA Dan GERAKAN Belasah Zahid Hamidi
0 orang berkata:
Post a Comment