Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, May 27, 2014

Rakyat Masih Perlukan Mah? Kenapa Kalah Pada 2008 dan 2013

Khidmat Mah Masih Diperlukan - Pengundi Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
Pengundi Teluk Intan masih yakin dengan keupayaan calon BN berdasarkan pengalaman sebagai wakil rakyat

TELUK INTAN: Pencalonan Datuk Mah Siew Keong mewakili Barisan Nasional (BN) dan Dyana Sofya Mohd Daud dari DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan bukan sekadar pertembungan antara dua generasi.

Pilihan raya kecil ini turut menyaksikan Siew Keong yang berpengalaman sebagai wakil rakyat di kawasan Parlimen itu, manakala Dyana ‘mencuba nasib’ untuk bertanding buat pertama kali.
Walaupun pernah tewas dua kali pada 2008 dan 2013 di Teluk Intan tetapi sekurang-kurangnya anak kelahiran bandar ini yang berusia 53 tahun itu pernah berkhidmat di sini selama dua penggal sebelum ini.
Tinjauan mStar Online mendapati penduduk tempatan masih memerlukan khidmat Presiden Gerakan itu meskipun kehadiran Dyana sedikit-sebanyak menenggelamkan aura calon BN itu.
Azizan Tan, 63, dari Kampung Durian Sebatang yang dilahirkan, dibesarkan dan seterusnya menetap di Teluk Intan percaya sentuhan 'orang lama' masih diperlukan.
“Saya orang lama, sudah tentu saya undi orang lama yang lebih diyakini pengalaman dan keupayaannya sebagai wakil rakyat,” katanya.
Menurut Ima Azura Mohamed, 42, dari Kg Selabak, walaupun tidak popular seperti Dyana Sofya tetapi calon BN itu mempunyai ciri-ciri kepimpinan untuk menjadi wakil rakyat.
"Jangan cari yang cantik dan muda. Bagi saya, Dyana itu 'kosong' walaupun beliau popular. Kita tak nak yang popular kalau beliau belum ada bukti boleh buat kerja.
"Dyana kena mula dari bawah cari pengalaman. Buat masa ini, biarlah Teluk Intan ini ‘dijaga’ Mah Siew Keong dahulu," katanya.
Sementara itu, seorang penduduk dari Seberang Perak yang hanya mahu dikenali sebagai Amy, 32, berkata, Siew Keong tidak popular berikutan sikap beliau yang 'low profile' dalam memberi khidmatnya kepada rakyat.
"Apa yang penting adalah bantuan yang diberikan kepada rakyat dan perubahan pada Teluk Intan," katanya.
S. Subaramaniam dari Bandar Baru turut mengakui calon BN itu berpengalaman kerana pernah menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal.
Beliau berkata, khidmatnya masih diperlukan jika dapat meneruskan usahanya dalam membantu rakyat di Teluk Intan tanpa mengira soal kalah atau menang dalam pilihan raya.
Bagaimanapun, Muizzuddin Misbah, 25, dari Pekan Baru pula menganggap kerana pengalamannya Siew Keong dilihat terlalu yakin sehingga tidak begitu aktif berkempen pada PRK Teluk Intan.
"Kempennya agak perlahan berbanding Dyana yang masih baharu… beliau dengan cepat lebih popular apabila menggerakkan kempennya secara besar-besaran.
"Bagaimanapun, kelebihan memiliki pengalaman sepatutnya digunakan sebagai peluang untuk mendapatkan lebih banyak sokongan pengundi," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.