Wednesday, May 28, 2014
Panda..Oh...Panda: Kerana Kau Berdua Seorang Timb. Menteri Jadi Bengap!
Bengap atau cuba memesongkan pandangan rakyat?
Sebelum ini, sebelum Panda dibeli tidak lancarkah perdagangan China-Malaysia?
Logikkah kerana dua ekor Panda Rakyat China dan Kerajaan China menjadi lebih mesra terhadap Malaysia?
Adakah dua ekor Panda itu bertaraf Duta?
Panda Beri Impak Positif Perdagangan Malaysia - China
Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 1:56 PM - mStar
Sebelum ini, sebelum Panda dibeli tidak lancarkah perdagangan China-Malaysia?
Logikkah kerana dua ekor Panda Rakyat China dan Kerajaan China menjadi lebih mesra terhadap Malaysia?
Adakah dua ekor Panda itu bertaraf Duta?
Panda Beri Impak Positif Perdagangan Malaysia - China
Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 1:56 PM - mStar
Fu Wa dan Feng Yi kini dalam proses penyesuaian dengan suasana baru di Zoo Negara.
TELUK INTAN: Rakyat
harus melihat kehadiran sepasang beruang panda di negara ini sebagai
impak positif dalam memantapkan hubungan perdagangan di antara Malaysia
dan China.
Timbalan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri
berkata, perdagangan dua hala yang semakin berkembang akan memberi lebih
banyak peluang perniagaan, keusahawanan serta pekerjaan.
"Kita harus
memandangnya dari pelbagai sudut, seperti kesan daripada eksport yang
mampu mewujudkan perniagaan yang baik," katanya selepas Seminar
Pembungkusan, Penjenamaan dan Pembiayaan anjuran bersama Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan SME Corp, di sini,
Rabu.
Hamim berkata
demikian ketika mengulas tindakan parti pembangkang menjadikan kehadiran
pasangan panda, Fu Wa dan Feng Yi di Malaysia sebagai sebagai isu dalam
kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan kerana mereka mendakwa ia
membazirkan wang rakyat.
Katanya,
eksport Malaysia ke China bernilai RM100 bilion setahun sejak lima tahun
lepas dan ia dijangka meningkat dengan pemberian beruang panda yang
menjadi simbol perhubungan akrab kedua-dua negara.
Hamim berkata,
kerajaan membelanjakan RM100 juta dalam tempoh 10 tahun untuk menjaga
beruang itu, tetapi rakyat harus melihat nilai eksport Malaysia ke China
yang dijangka mencecah RM1 trilion dalam tempoh 10 tahun akan datang.
0 orang berkata:
Post a Comment