Pihak sebabkan kematian Lans Koperal Mohd. Azuan mesti dihadap ke muka pengadilan - Najib
27/05/2014 7:04pm
KUALA LUMPUR - Pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kematian Lans
Koperal Mohd. Azuan Abdullah mesti dihadapkan ke muka pengadilan, tegas
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri menerusi catatan terbaharu beliau di Twitter turut melahirkan ucapan takziah kepada keluarga Mohd Azuan.
"Takziah kepada keluarga Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah yang
terkorban sewaktu bertugas. Mereka yang bertanggungjawab harus dibawa ke
muka pengadilan,” kata Najib. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment