Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
9:59AM - 27 May 2014

Ibu Dyana: Apa masalahnya jika saya ahli PERKASA

TELUK INTAN Ibu Dyana Sofya Mohd Daud - calon DAP di PRK Teluk Intan - tampil menjawab kritikan berhubung keahliannya dalam PERKASA, dengan berkata ia tiada kaitan dengan pencalonan anaknya dalam pilihan raya kecil di Parlimen itu.
.
Menurut Yammy Samat (kiri ), orang yang  pandai tahu yang mereka mengundi Dyana, dan bukan mengundi ibunya.

"Saya ahli Umno dan ahli PERKASA, apa masalahnya," katanya sambil menambah bahawa Dyana tidak pernah menjadi ahli NGO pendesak Melayu itu.

"Yang bertanding Dyana, orang akan undi Dyana, bukan mak Dyana," tegasnya.

Katanya, terpulanglah jika penulis blog menyerang anaknya itu, sambil menambah: "Itu terpulang pada dia orang, sebab jika fikiran terbuka dan orang  pandai, dia boleh bezakan".

Yammy menegaskan demikian dalam satu ceramah malam tadi di Kawasan Industri Anson yang dihadiri kira-kira 2,500 orang.

Ini merupakan penampilan pertama Yammy dalam kempen
anaknya sejak dakwaan tersebut timbul minggu lalu bahawa Yammy merupakan Ketua Wanita pertama PERKASA.

Dyana Sofya sebelum ini telah menafikan dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, semalam Dyana mengaku penglibatan ibunya dalam PERKASA, dengan menyatakan bahawa dia membantu ibunya menjalankan satu pendaftaran keahlian untuk kumpulan itu pada 2008 ketika masih belajar.

[Baca berita penuh]
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.