Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, May 27, 2014

Terdesak nak tandingi populariti Dyana Sofya, BN bawa Jamal Abdillah untuk bantu kempen.. tapi...


Meskipun ada pemimpin UMNO yang berkempen mengatakan 'Dyana bukan cantik sangatpun' dan ada pula yang mengatakan 'Dyana tidak punya kecantikan dalaman jika dibandingkan dengan calon BN'.. namun populariti Dyana jelas mencemaskan mereka..

Biarpun berbagai janji ditabur, berbagai tohmah dihambur terhadap Dyana golongan muda dan pengundi masih tetap beratur untuk mengambil gambar beliau dan juga bergambar bersama beliau dalam kempen pilihan raya ini..

Merasakan bahawa calon DAP itu mendapat perhatian, Barisan Nasional (BN) telah membawa penyanyi popular Jamal Abdillah bagi membantu kempennya malam tadi bagi menarik pengundi.

Jamal, 55, berasal Teluk Intan, meminta agar BN disokong ketika berada di atas pentas  di hadapan orang ramai.

"Jangan lupa untuk keluar mengundi, dan mengundi BN!" Dia menjerit dari pentas, dan penonton yang majoritinya kelihatan dari Makcik-makcik UMNO membalasnya dengan sorakan yang kuat.

Dah bawa Jamal Abdillah.. Makcik-makcik UMNO sajalah yang ramai, orang muda berapa kerat sangat yang minat Jamal Abdillah tu..

Ni laporan dari Media UMNO..
Jamal Abdillah Hiasi Kempen BN Di Teluk Intan  
Oleh : Azman Abas
TELUK INTAN, 27 Mei – Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan yang memasuki hari kelapan malam tadi dihangatkan dengan kehadiran penyayi terkenal tanah air, Datuk Jamal Abdillah.

Beliau yang merupakan anak jati Kg Gajah berkongsi pentas dengan beberapa tokoh Barisan Nasional (BN) pada majlis ceramah di Kg Bahagia yang turut dihadiri oleh calon BN, Datuk Mah Siew Keong.

Diselang seli dengan ceramah daripada tokoh BN, Jamal memulakan persembahan mendendangkan lirik tersendiri dengan mengajak para pengundi menunaikan tanngungjawab pada hari pembuangan undi nanti.  
Ternyata, persembahannya cukup memukau orang ramai yang tidak melepaskan peluang untuk melihat secara dekat anak jati Teluk Intan membuat persembahan selain mendengar pelbagai penjelasan mengenai isu-isu semasa.  
Di akhir persembahannya satu ungkapan yang cukup bermakna apabila merayu pengundi agar mengundi BN pada hari mengundi nanti.  
Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertaruhan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong menentang calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.  
Kerusi Teluk Intan kosong berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, 48, akibat kanser pundi kencing pada 1 Mei lalu. -MediaUMNO

Namun begitu.. sambutannya taklah sehebat mana.. cuba kira berapa orang yang hadir dari gambar yang aku ambil dari Blog UMNO ni..

Kalau banyak ni saja yang hadir.. aku rasa kalau Bik Mama turun lagi ramai yang hadir.. maksud aku yang ramai tu ialah kaki-kaki bodek Bik Mama..

Lepas ni bawa 'K-Pop' pulak laaa...

Video persembahan Jamal tu sila lihat di SINI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.